CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5205|Reply: 52

Budak Tercampak Keluar Kereta Ketika U Turn, Kena Rempuh 2 Kenderaan

[Copy link]
Post time 18-10-2023 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Seorang budak perempuan tercedera selepas tercampak keluar dari sebuah kereta ketika kenderaan terbabit sedang membuat pusingan U di sebuah jalan raya pada Selasa.


Insiden itu disyaki berlaku akibat  tidak mengunci pintu di bahagian penumpang belakang yang sekali gus menyebabkan kanak-kanak malang itu terpelanting ke tengah jalan.






Kanak-kanak itu kemudiannya dirempuh sebuah kereta berwarna putih dan Ativa merah yang gagal menekan brek dan mengelak daripada pelanggaran tersebut.


Menyedari kejadian itu, beberapa penunggang motosikal kemudiannya terus meluru ke arahnya untuk memberikan bantuan.


  



Dalam pada itu, kanak-kanak terbabit kelihatan masih lagi boleh berdiri dan terus berlari ke arah seorang penunggang yang berada di kawasan itu.


Susulan insiden tersebut, laluan terbabit bertukar sesak dan kereta yang membawa kanak-kanak itu tidak kelihatan selepas daripada kejadian berkenaan.


Di ruangan komen rata-ratanya meluahkan rasa kesal terhadap insiden yang berlaku.


"Ya ALLAH, mengucap aku tengok budak itu kena rempuh, ibu bapa dia langsung tak peka keselamatan anak, tak kunci pintu belakang ke macam mana," kata Syazwani.


"Sebab itu kerajaan mewajibkan pemakaian kerusi kanak-kanak, nak elak kes macam ini berlaku, kalau kena tahan mesti ibu bapa dia akan dikenakan saman," ujar Hamadi Yusri.


"Sakitnya budak itu terpelanting, tengok pun tahu mesti sakit kepala berdarah dan bengkak, yang pemandu Ativa itu langsung tak keluar kereta kenapa," tambah Ahmad Kamalrudin.


Walau bagaimanapun, lokasi kejadian tidak diketahui setakat ini dan belum ada sebarang kenyataan polis berkaitan isu tersebut.


Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati ketika memandu dan peka dengan keselamatan penumpang sama ada golongan dewasa mahupun kanak-kanak. -CARI


Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 10:10 AM | Show all posts
trauma budak tu, tapi syukur tak hilang nyawa..guardian yang tak berapa cerdik plus tak reti nak guna door lock...mengucap panjang aku tengok budak tu kena rempuh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:12 AM | Show all posts
btw, kejadian ni berlaku dekat traffic light pasaraya Billion kota bharu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat Kelantan nak hairan apa.

Nanti esok dia buat anak balik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:27 AM | Show all posts
menyirap darah aku tengok budak tu tergolek sampai kena langgar lepas tu boleh bangun balik. budak tu mesti mengalami kejutan time tu. nak kena bawa ke hospital takut ada trauma dan kecederaan dalaman.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 11:04 AM | Show all posts
Pernah terjadi depan mata juga, buat u turn, nasib baik anak tu dia berpaut kat door handle tu and jatuh belah kanan and I sempat break.

This is why children besar tu kena duduk dalam carseat.  anak I walaupun 9 tahun still in booster dalam kereta, no seat belt on no jalan.  Parents pun mesti tak guna child lock.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2023 11:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 11:12 AM | Show all posts
ingatkan berlaku di malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak tu x nangis lansung & iols perati mak ke bapak dia yg keluar dr keta jauh nun lemah gemalai rilex je jln. Aneh eh org-org ni…
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ats sbb kecuaian macam ni la..nnti semua org dipaksa pakai carseat untuk setiap baby dan toddler. Walhal function child lock tu dah ada.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 01:12 PM | Show all posts
Hukuman best letak parents tu kat jalan raya juga untuk dirempuh 2 kali juga...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm kat US kot baru2 ni, mak dia amik corner pastu  anak dia tercampak. tapi budak tu dalam car seat masa tercampak.
ni terang2 cuai. apa dehal. mati buat baru.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 02:06 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 18-10-2023 02:14 AM
Kat Kelantan nak hairan apa.

Nanti esok dia buat anak balik.

nko sembang macam org negeri lain x reti nak berjimak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 02:13 PM | Show all posts
kl mati kan.. kebanyakakn komen2 melayu kt situ;;;" ni semua takdir... kene langgar tuh asbab je... kl carseat pon tp dah ajal... mati jugak"

menyirapp je.... aku selalu elak baca komen2 melayu kt post eksiden budak meninggal.. aku stresss
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
omg kesian kt bdk tu..bebal mak ayah..nsb xmati..tp dua kali dia kena langgar kn..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
SWORKS27 replied at 18-10-2023 02:06 PM
nko sembang macam org negeri lain x reti nak berjimak ke?

kan..asal buruk je klntn..kt mana mana pum blh jd..tp kalau jd kt kelantan double kena hencap ngn netizen.
pdhl aritu kt melaka pun ada kes gini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
joy_ah replied at 18-10-2023 02:04 PM
mcm kat US kot baru2 ni, mak dia amik corner pastu  anak dia tercampak. tapi budak tu dalam car seat ...

Astgfirullah macmaana pulak sekali ngan car seat boleh terkeluar? Haiyo ini menambahkan seram aku, kadang risau je carseat tu betul ke secure pasang kat kereta
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 02:27 PM | Show all posts
orang beranak kau pun nak beranak..
acah pakai h tapi baby seat pun tak mampu nak beli..
2 kali pulak tu budak tu kena langgar..
bingai punya mak bapak..
tengok dia main potong line orang tu pun tau mentaliti orang bangang..
sama je ativa tu pun..
memang padan muka kau langgar budak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 02:27 PM | Show all posts
paling risau anak dok blkg usik2 lock. pas tu ke bonet peginyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama ada pintu tak rapat atau pintu tak locked. Kena pesan kat budak² jgn menyandar kat pintu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 1.058998 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list