View: 1901|Reply: 0
|
Grand Slam: Coco Gauff muncul juara Terbuka AS
[Copy link]
|
|
GAUFF berjaya menewaskan Sabalenka pada aksi final Terbuka AS untuk merangkul gelaran grand slam pertama dalam kariernya. - AFP
NEW YORK – Pemain remaja Amerika Syarikat (AS), Coco Gauff mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai trofi Grand Slam pertama dalam kariernya selepas menewaskan Aryna Sabalenka pada aksi final Terbuka Amerika Syarikat (AS) awal pagi semalam.
Pada aksi di Stadium Arthur Ashe itu, Gauff berjaya bangkit menafikan cabaran Sabalenka yang juga pemain pilihan kedua kejohanan dengan keputusan 2-6, 6-3, 6-2 dalam tempoh lebih dua jam.
Gauff yang baru berusia 19 tahun mengakui sangat gembira apabila dapat menjulang trofi Grand Slam itu selain mendedikasikan kemenangannya buat pengkritik yang tidak pernah percaya dengan bakatnya sebelum ini.
“Terima kasih buat pengkritik yang tidak percaya dengan kebolehan saya, kemenangan ini adalah untuk anda.
“Secara jujur, saya agak gembira dapat melakar kemenangan Grand Slam pertama selepas tewas final Terbuka Perancis tahun lalu. Sudah pasti ini adalah kejayaan terindah dalam karier saya.
“Pujian juga wajar diberikan kepada Sabalenka yang memberikan tentangan sengit sepanjang perlawanan. Dia adalah pemain luar biasa dan layak berada di kedudukan No. 1 dunia selepas ini,” katanya.
Kemenangan tersebut menyaksikan Gauff meraih wang tunai sebanyak AS$3 juta (RM14 juta) pada kejohanan berprestij yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai AS$65 juta (RM303 juta) itu. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... l-juara-terbuka-as/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|