CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6782|Reply: 29

Siang Buta Merompak! Lelaki Selamba Keluarkan Pisau Dalam Bank Di Ipoh, Pak Guard Gelabah Terus Lari Keluar

[Copy link]
Post time 8-9-2023 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian rompakan bersenjata di sebuah bank tular pada Jumaat.


Seorang lelaki yang memakai topi keledar dilihat masuk ke premis tersebut sebelum mengeluarkan sebilah pisau yang disembunyikan di bahagian depan seluarnya.


Dia kemudian menghampiri dua individu yang sedang melakukan transaksi di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan menghunus pisau ke arah mereka.


Foto: mStar




Seorang pengawal keselamatan yang sedang duduk di sudut bank itu kemudian bangun dan terus membuka pintu kaca dan dilihat berlari keluar dari premis berkenaan.


Suspek yang menyedari pengawal keselamatan melihat tindakannya juga dilihat keluar dari bank berkenaan sambil disaksikan dua mangsa.


Menurut pemilik Twitter @Benny_TehVerto, insiden berlaku di sebuah bank di Ipoh, Perak.


Di ruangan komen, netizen menyuarakan rasa bimbang akan keselamatan mereka kerana rompakan tersebut berlaku secara terbuka pada siang hari.


Pada masa sama, mereka turut mempersoalkan tindakan pengawal keselamatan itu yang dilihat keluar meninggalkan premis berkenaan ketika rompakan berlaku.


"Guard tu nak lari pergi mintak bantuan guard sebelah ke?


"Nampak seperti pengawal tak diberi senjata api. Macam mana nak lawan?


"Guard tu lari sebab nak tarik perhatian perompak, atau minta bantuan polis. Kot la, andaian.


"Tak boleh nak salahkan guard tu juga. At least dia gelabahkan penyamun tu, selamat dua untie tu," tulis netizen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2023 03:06 PM | Show all posts
CCTV kejadian tersebut


Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 03:08 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 8-9-2023 03:10 PM

Guard tu bukan mcm lari tapi nampak dia jerit kot kat penjenayah tu tangan tunjuk suruh keluar, sebab tu penjenayah tu menggelupoh teros keluar lari. Rasanya mesti guard tu ugut nak gi panggil polis kot
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 03:12 PM | Show all posts
dulu kan ada kes tembak dalam premis bank tahun 2013 rasanya tahun sama lahad datu kes.

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 03:13 PM | Show all posts
betul la apa yg guard tu buat.... selamat la ahso2 tu semua lepas dia provoke penyangak tu dan berlari keluar... habistu ko expect guard nak berlawan dgan penyangak yg terang2 ada pisau tu ?? lain la kalo guard ada pistol... tp comel je ahso2 tu jengah2 lepastu dia amek balik kad atm dia.. kalo iols tu dh kelam kabut lari keluar lantak la kad masih kt dlm mesin atm sekalipun... cabut lari pstu call bank utk batalkan kad atm. gituhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
guard tu dibekalkan senjata ke tak???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2023 03:27 PM | Show all posts
static guard pun kurang2 ada dibekalkan dgn cota. pasal tu la dlm csg ada latihan penggunaan cota utk sekuriti2 ni... ni cota pun tak nampak... nak claim insurans mmg tak dpt la kalau kena rompak
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 03:44 PM | Show all posts

Perompak Bawak Senjata Masuk Bank, Pak Guard Yang Lari Keluar Dulu!


Gambar hiasan.

Baru-baru ini, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di platform X (Twitter) memaparkan sebuah bank telah dirompak oleh lelaki bersenjata tajam.

Pada awal video, dua wanita sedang menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) manakala pengawal bank itu sedang berada di sudut ruang bank tersebut.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki berbaju hitam dan berhelmet telah masuk ke dalam bank itu. Lelaki berhelmet itu berdiri di antara dua wanita itu sebelum mengeluarkan sebilah pisau lalu mengacukan kepada salah seorang wanita.

Dengan tangan kanannya yang masih memegang senjata, pergelutan kecil telah berlaku sebelum dia berjaya merampas wang tunai yang berada di tangan wanita berbaju putih.

Dalam masa yang sama, pengawal bank itu telah membuka pintu menyuruh lelaki itu keluar. Namun disebabkan lelaki itu membawa pisau, pengawal itu terus lari keluar dari bank tersebut.

Mangsa dan seorang lagi wanita nampak panik dan trauma selepas kejadian itu berlaku. Namun begitu, setakat ini belum ada laporan rasmi mengenai kejadian ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2023 03:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 03:44 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 03:46 PM | Show all posts
zaman ekonomi merudum, gini la jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2023 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Guard tu panggil perompak tu keluar, kan? Lepas tu mungkin guard tu jerit minta tolong ke apa sebab lepas tu perompak tu lari. Iols rasa okay lah tu tindakan guard tu. Kalau dia pun terperangkap dlm bank tu sapa nak tolong diorang? Contohnya kalau office terbakar,kita press alarm & lari. Takdelah pulak nak stay situ kalau fire extinguisher pun takde. Guard tu pun takde senjata. Ahso2 tu pun selamat. Tapi takde ke butang kecemasan yg boleh link dgn polis kat situ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2023 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Guard tu pun gaji secoet je nak menyabung nyawa selamatkan kau? Memang taklah dekkk... tak baloi..

Tahun lepas ke 2 tahun lepas yang guard mati kat Puchong kena tembak perompak. Budak lagi umur 21 kot baru start keje 3 minggu...dah meninggal.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2023 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
aku baru baca UOB bank bagi penghargaan dekat guard, bukan kes yg viral ini kah
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2023 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Guard gaji brp je ko nak srh dia mempertaruhkan nyawa lawan perompak? Lawak la rakyat msia ni

Btw ini indicator ekonomi negara berada di tahap terteruk smpi org rompak open mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemelesetan ekonomi zaman Madani.... Baru 9,10 bulan PH memerintah dah jadi teruk macam ni.... Orang terdesak sampai sanggup menyamun macam ni sekali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2023 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 8-9-2023 03:13 PM
betul la apa yg guard tu buat.... selamat la ahso2 tu semua lepas dia provoke penyangak tu dan berla ...

Ahso2 tu tergamam frozen kot. Lepas dah keluar balik rumah, pegi report polis baru menangis2 histeria agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2023 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
apa tugas guard sebenarnya eh..looks like makan gaji buta...perampok masuk ko lari...kalau dia masuk kat customer area tu lagi naya...lps ni x leh la wdraw kat stesen minyak...senang dia nak buat keje di sebalik rak2 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2023 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
dats y u need at least 3 accounts...satu e wallet utk letak belanja harian..yr debit card kosongkan supaya x kena  wave jika tercicir..tapi guna utk perform cash withdrawal dari 3rd account yg x blh wave tapi link to debit card...


Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2023 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 9-9-2023 05:02 PM
Kemelesetan ekonomi zaman Madani.... Baru 9,10 bulan PH memerintah dah jadi teruk macam ni.... Orang ...

Hg ni baru lahir ka? Biasa la org rompak siang2 ni. Tak pernah baca berita ka? Zaman abah mmg la tak dak sbb semua org kena kurung.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.144640 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list