View: 4410|Reply: 14
|
Kisah-kisah Misteri Terkumpul
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum pembaca forum cari. Aku sebenarnya dah join forum ni tak lah terlalu lama. Dari 2017 tu pun aku tak ingat sebab apa. Most probably sebab ada cerita yang best dari mana-mana media sosial lepas tu terus aku terjebak sampai ke forum cari. As time goes by, rasanya banyak juga penulis yang dah stop menulis and kudos to those yang masih menulis. Yang menulis di sini aku rasa memang betul-betul minat nak kongsi cerita sebab you don't have any chance to monetize any of your post here or to gain followers. Sekali lagi kudos.
Aku secara peribadi tak banyak encounter peristiwa mistik. Mungkin ada tapi sifat aku yang lebih percaya sains dan akan cari sebab sesuatu benda tu terjadi so aku akan fikir benda yang macam scary ni mesti ada faktor fiziknya. Cuma aku suka bertanya orang yang aku jumpa untuk cerita any paranormal or mystery encounters. So untuk post pertama aku, aku akan cerita pengalaman aku sendiri. Aku tak consider pengalaman aku ni sebagai mistik, tapi lebih kepada misteri sebab aku cuba cari penyebabnya tapi tak jumpa. So here goes,
Habis UPSR aku dengan result yang cemerlang aku masuk sekolah asrama. Sekolah aku ni sekolah yang dah lama. By the time aku masuk, sekolah ni pun dah lebih 40 tahun umur. Jadi banyak lah cerita-cerita hantu asrama yang cliche sangat passed down from seniors macam hantu jepun kawad tengah malam, ada hantu student mati dalam locker and so forth. Semua asrama aku rasa ada cerita yang sama. Aku tak pernah berdepan dengan benda-benda yang macam tu.
Benda misteri yang aku encounter tu adalah waktu aku form four. Form four adalah tahun honeymoon yang mana aku tak di kacau senior lagi, aku dah habis pmr, aku dah jadi senior yang boleh kacau budak. Basically memang enjoy saja di sekolah. Dan normal untuk kami semua tidur malam memang lewat sebab ada yang ragging budak, ada yang fly and ada yang bergayut dengan awek. And this particular night, macam malam yang lain aku tidur lewat.
Blok asrama tiga tingkat dan dorm aku paling atas. Form four punya katil adalah di belakang sekali. Tingkat satu blok aku adalah bilik muzik, tingkat dua dan tiga asrama. Malam tu seingat aku pukul 2 lebih aku dah boring sangat sebab dorm aku semua dah tidur. Baring pusing baring puaing still aku tak boleh tidur bila tiba-tiba aku dengar bunyi guitar kat tingkat bawah. Ok cun, boleh lepak dulu sembang hisap rokok sambil dengar kawan aku main guitar. That's what I thought.
The mystery started bila aku turun bawah. Semua dah tidur. Aku cuba kejut siapa-siapa yang tengah tidur dengan harapan mesti ada yang baru tertidur sebab jarak masa aku turun ke tingkat bawah tu tak sampai 2 minit pun. Semua tak bangunan. Dalam hati aku cuma terfikir 'bapak laju tidur. Tak sampai 2 minit dah terlelap'. Tak apa lah alang-alang dah turun main guitar dulu satu dua lagu. Then aku cuba cari guitar dan ya guitar tak ada pun dalam dorm tu. Aku dah mula rasa suspicious where the hell does the sounds come from. Being sceptical as I am, aku tak fikir itu benda paranormal or hantu. Aku hanya saspek mesti bunyi dari bilik muzik bawah. So aku turun bawah berharap memang ada yang pecah masuk bilik muzik. At least malam tu ada aktiviti.
Bilik muzik elok terkunci dan tak ada langsung tanda pecah masuk. Aku cuba oi oi ke dalam bilik muzik tu mungkin ada yang akan menyahut dan bagi aku masuk. Total silent. Aku dah mula rasa something is not right dan aku terus naik ke dorm aku dan lepak kat katil. Sambil aku baring dan fikir mana datang bunyi guitar tu aku terdengar bunyi orang berjalan pakai selipar basah dari depan dorm sampai belakang dorm. Kat dorm asrama memang ramai yang pakai selipar jepun yang berbiji-biji tu. Bila berjalan waktu kaki basah memang akan bunyi semacam cret cret tu. Aku just anggap owh ada lagi rupanya belum tidur.
Nak hilangkan bosan dan rasa takut tadi aku nak ajak whoever that is hisap rokok dulu. 'oi lambat tidur, rokok sebatang dulu jom'. Tak ada respon so aku bangun dan pergi ke tempat aku yang aku rasa bunyi selipar tadi berhenti. Tak ada selipar basah dan tak ada siapa pun. Aku makin rasa takut bila aku dengar bunyi orang gelak dari tingkat bawah. There must be an explanation for all these tapi aku tak ada masa dan aku tak mau siasat lagi jauh sebab bagi aku benda ni dah lain macam. So aku terus ke katil dan berselubung dalam selimut.
The night got worsen bila aku mula dengar bunyi selipar yang sama berjalan dari belakang dorm ke depan. Malam tu tak berhenti di situ. Aku mula dengar orang berjalan dengan selipar yang sama dari depan tapi kali ni siap seret rantai besi dan berhenti betul-betul dekat kepala katil aku. Aku makin berpeluh bila dia start ketul kepala katil dengan kuku dia. Segala macam doa aku cuba baca malam tu dan ketukan kat katil aku tak berhenti sampai lah few minutes sebelum azan subuh. Haritu aku berdiri dalam kelas almost semua subjek sebab aku tertidur dalam kelas.
This thing happen again the next night. Kali ni aku rasa nak confront whatever it is dengan hisap rokok. Aku pun tak tau macam mana aku boleh terfikir nak hisap rokok cuma aku rasa bila aku hisap rokok aku lagi takut warden yang naik dari hantu tu. I can say It worked sebab aku dah tak diganggu lagi. Cuma next year aku dengar ada budak form four experience benda yang sama macam aku. Aku cuma kata kat dia kau dengar lagi bunyi tu kau hisap rokok
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berani nya lah.
Dah 1st & 2nd location tak jumpa jawapan, boleh lepak atas katil lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Nak share ada satu pengalaman ni. Bukan pengalaman yang nampak...cuma didengar.
Masa ni di zaman uni, hujung-hujung sem. Study week. Biasalah kalau study week ni tidur tak tentu masa. Pukul 2-3 pagi tu macam pukul 8 malam je. Rasa ngantuk, bancuh kopi 3in1. Lapar...megi jawapannya.
Satu malam tu... tengah fokus study, tetiba aku & roomate terdengar satu bunyi. Mula-mula slow. Makin lama ehhhhh makin jelas & panjang-panjang bunyinya. Bunyi macam humming...berdengung... Macam bunyi besi bergesel... ngiiiiinnnggggg...nnggiiiiiiiinnnggggg...
Aku dan roommate berpandangan tapi tak berani buka mulut. Bulu roma yang ada semua naik! Bunyi tu terus berulang. Lama jugak. Aku terus terjun ke katil, tekup muka dengan bantal. Roommate aku pun.
Esoknya, kecoh cerita pasal bunyi tu. Ada yang kata, tu bunyi cik ponti sebab ada student blok sebelah nampak kelibatnya.
Serious bunyi cik ponti gitu? Entahlah... Tu 1st and the last time terjadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-7-2023 12:28 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
EriaDoritis replied at 26-7-2023 11:56 PM
Berani nya lah.
Dah 1st & 2nd location tak jumpa jawapan, boleh lepak atas katil lagi
Tak ada tempat lain lagi nak pergi sebab nanti nak tidur kat situ. So terus lepak kat katil je. Tak sangka dia nak ganggu lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman kena kacau dlm hostel masa zaman study sampai skg tak boleh lupa.. sampai sakit dibuatnya
|
|
|
|
|
|
|
|
chiyoasuka replied at 28-7-2023 12:51 AM
Pengalaman kena kacau dlm hostel masa zaman study sampai skg tak boleh lupa.. sampai sakit dibuatnya ...
Sampai sakit cemana?
Cerita la sikit |
|
|
|
|
|
|
|
salam tt & uols semua
after many2 month x ke sini
iols smpi jgk
tim2 prn ni nothing much kt ci nun
bodgos plk penuh gosip2 sampah
so, here i am
sedap baca cerita tt
kemas dan mudah faham laras bahasanya
keep on writing ya
|
|
|
|
|
|
|
|
ok lagi2...dah lama tak baca cerita2 mistik ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada jugak citer baru..citerlah lagi..rindu lah nak lepak sini |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-8-2023 12:11 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kisah di hotel.
Waktu awal kahwin isteri aku datang bulan. Jadi aktiviti malam pertama tertangguh dan bila dia dah clear from menstruation dia terlalu takut nak buat. Being inexperienced(of course la kan), kami memang tak tau macam mana nak go through. So aku bacalah tips di internet dan cuba banyak cara masih tak berjaya nak tenang kan isteri aku. Akhirnya aku jumpa tips yang galakkan newlywed untuk pergi bercuti supaya isteri akan lebih relax dan ready. Sebelum kahwin memang aku tak pernah plan untuk honeymoon right after wedding sebab memang dah tahu jadual haid dia. Honeymoon kami pun dah dirancang tiga bulan lepas kahwin. Itu pun sebab tiket Air Asia murah. Come Friday aku yang baru kahwin seminggu cadang nak ke pangkor sebagai unplanned honeymoon nak surprise kan wife. Kami gerak lepas kerja, makan dan kemas apa yang patut. Selepas lebih kurang tiga jam kami sampai di lumut dah malam dan feri memang dah tak ada. Jadi transitlah dulu satu malam di Lumut.
Sebelum gerak aku dah book satu hotel tiga bintang. Nak honeymoon jadi aku pilih hotel yang cantik dan assume hotel tiga bintang supposedly cantik lah dan hotel tu the best lah yang ada di lumut dari segi star rating. Sampai sana dalam pukul 10 lepas dah makan malam. Kami daftar nama di meja depan. Lepas tu nak ke bilik, laluan agak suram dengan lampu malap. It kind of giving you unpleasant feeling. Tapi ok lah untuk transit satu malam.
Masuk bilik semua ok. Bilik kemas, cuma ada satu macam bau hotel lama. Masih acceptable dan tak mengganggu pun. Lepas setengah jam hidung dah lali, dah tak perasan dah bau tu. Toilet pun bersih. Tv pulak ada basic channel. Boleh la tengok tv3. Basically the room is ok and I never once think it is haunted or whatsoever. Aku cuma nak tidur dan esok pagi terus cabut ke Pangkor.
Dah habis movie, time nightline, hotel mula bunyi riuh. Bunyi macam one big family Lalu lalang depan bilik sambil bercakap. Mungkin ada orang baru check in. The best part is setiap 15 minit ada bunyi riuh sampai pukul 1. Isteri aku pun dah pelik. Ramai pulak yang check in hotel ni. Berebut lah esok nak naik feri. Jujurnya kami tak dapat tidur, sebab kami jenis susah nak tidur tempat baru. Jadi dapatlah dengar bunyi riuh tu.
Makin lama makin riuh. Lepas pukul 1 tu kami asyik dengar bunyi orang alih perabot pulak. Bilik atas asyik alih perabot. Maybe katil kot. Tak berhenti alih katil nya macam orang baru pindah rumah. Lepastu bilih sebelah pulak asyik ketuk dinding. Kami boleh accept bunyi-bunyi tu tapi kalau pukul 3 masih bunyi, dah lain dah rasa. The sounds stopped bila ada orang ketuk pintu. Dengar bunyi pintu buat aku geram dan aku cuma cakap dalam hati pergi mampus, aku tak kuasa nak tolong kau alih-alih katil.
Bilik ni ada balcony dan menghadap laut. Kami boleh dengar bunyi laut dan bunyi sayap burung berkibas. Macam pelik tapi mesti ada explanation tentang bunyi burung tu. Aku keluar tengok memang ada sarang burung kat luar. So ok lah. Yang tak bestnya burung ni asyik nak kibas sayap setiap lima minit. Pukul tiga pun masih berkibas. Lain macam dah tu. Nak kurangkan rasa tak best kami biar tv on sampai pagi. TV pulak TV lama yang seketul gedabak. Aku cuba kuatkan sound sebab tak nak dengar bunyi2 yang bagi aku mengganggu kami nak tidur. Too bad, the TV didn't help at all. Walaupun aku dah tekan sampai 50, sound dia macam aku letak level lima saja. So hadap saja lah.
Malam tu berlalu macam tu saja dengan bunyi-bunyi tadi. Aku terjaga dari tidur lebih kurang pukul 6 bukan sebab alarm phone aku. Tapi sebab bunyi TV terlalu kuat. Aku tengok sound TV di level 50 sama macam aku set sebelum tidur. Maknanya TV ni bunyi perlahan malam tadi. Aku dah mula rasa nak bagi review buruk pasal hotel ni. Bising dan TV rosak aku rasa cukup untuk jadi hujah bad review aku di Agoda. Tak cukup tidur dan rasa geram buat aku rasa nak kacau burung yang bersarang kat balcony tu.
Settle subuh aku keluar ke balcony. Aku check sarang burung tu dah lama dah. Tak ada tahi pun bawah tu. Suppose kalau ada burung mesti ada tahi. Nak sedapkan hati kami just anggap burung datang tumpang sarang tu. Then kami check out. Just to kill the curiosity kami tanya budak front desk ramai ke check in malam tadi. As cliche as it can get, budak tu jawab kami je yang check in malam tadi sebab time tu bukan musim cuti. Memang tak ramai orang dan sebab tu rate bilik pun murah. Kami diam dan iakan je apa dia cakap dan terus ke jeti nak pergi Pangkor. Since then, kalau nak ke Pangkor memang kami gerak siang dan terus ke Pangkor tak transit dah di Lumut. Dan ya aku tulis bad review untuk hotel tu. Tak buang sarang burung tinggal.
Maaf aku tak boleh disclose nama hotel. |
|
|
|
|
|
|
|
BoxerKeluar replied at 3-8-2023 12:11 AM
Kisah di hotel.
Waktu awal kahwin isteri aku datang bulan. Jadi aktiviti malam pertama tertangguh d ...
Menarik cerita ni. Ada sambungan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
BoxerKeluar replied at 3-8-2023 12:11 AM
Kisah di hotel.
Waktu awal kahwin isteri aku datang bulan. Jadi aktiviti malam pertama tertangguh d ...
Ada sambungan ke?...nak sambungan dr aktiviti mlm pertama yg tertangguh |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-8-2023 12:42 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tolong berubat.
Sementara menunggu habis cuti sem Man hanya lepak di kampung. Kampung Man ni bukan lah kampung yang mistik. Kalau ada kes mistik pun dah lama sangat berlalu dan ceritanya sama macam yang selalu kita baca. Kes orang tua susah nak mati sebab ada belaan. Aktiviti melepak malam-malam adalah aktiviti biasa Man sebab tak ada apa nak ditakutkan. Satu malam Man dapat panggilan dari kawan dia Daus. 'Datang rumah Mat. Ada benda baek.' 10 minit kemudian Man sampai di rumah Mat.
Benda pertama Man nampak bila masuk ke rumah adalah mak Mat tengah duduk bersila mata terpejam dikelilingi empat orang. Seeing it he knew this is a ritual. Apa hal ni Daus? Daus cuma bagi tahu mak Mat kena kacau dan empat orang tu adalah some kind of bomoh or orang yang tahu nak merawat. Suasana dalam rumah tu mengikut kata Man panas gila. Macam tengah hari.
Benda yang terjadi seterusnya buat Man terkesima kejap. Lampu dalam rumah semua terbuka tertutup dengan sendiri. Mat cuba nak bertanya tapi Mat hanya menggeleng kepala suruh diam. Apa yang lagi buat Man tak boleh duduk diam ialah api dapur gas terbuka dan tertutup jugak. Yang buat Man pelik, pemetik dapur tu tak bergerak. This is not right dan Man tak rasa dia perlu ada di situ. 'Jangan bagi dia balik takut benda ni ikut dia' kata salah sorang bomoh tu. Apa menyumpah Man dalam hati bila dengar dia cakap macam tu. Celaka kau ni Daus. Kemuncak malam tu bila mak Mat mendesah macam kerbau kena sembelih dan muntah segala macam benda yang tak terfikir logik oleh Man. Ada rambut, serpihan kayu, kain dan hingus. Man yang tengok pun rasa nak muntah. Busuk macam bangkai. Settle doa-doa baru Man boleh balik. Itu pun kena lepak dulu luar rumah dalam 15 minit sebelum boleh masuk ikut petua bomoh tu. Bala ni kata Man.
Malam seterusnya tak tau kenapa Man masih lagi pergi rumah Mat bila Daus call. Aku ada tanya kenapa dia masih pergi. Kata Man dia rasa benda tu menarik. Sepanjang dia hidup dia pernah nampak kucing saja yang muntah keluar bulu. Bila tengok orang muntah rambut dia rasa nak tau apa pulak akan jadi seterusnya. Dia mula terbayang apa yang dia pernah baca dalam mastika. Perhaps tonight will be wilder.
Turned out malam tu adalah malam ketiga dan juga malam terakhir untuk berubat. Seperti malam sebelum, mak Mat dikelilingi bomoh untuk dirawat. Malam tu Man kata dah tak ada lampu tertutup terbuka tapi dia buat benda lain pulak. Semua pintu kecuali pintu rumah asik terhempas. Semalam Man rasa takut, malam tu Man rasa happening gila sebab memang bising. Tambah pulak dengan kereta yang parking kat luar rumah semua bunyi alarm serentak. The chaos lasted about five minutes untill salah sorang bomoh tu terpejam mata dan bercakap sorang diri.
Man terlalu excited bila soalan pertama bomoh tu tanya kenapa kau datang. Tapi hampa bila mak Mat langsung tak bersuara. Hanya terduduk kaku sambil mata terpejam. Dan soalan-soalan seterusnya juga sama. Mak Mat hanya diam dan bomoh tersebut saja yang terangguk-angguk. Man tertunggu-tunggu juga kalau mak Mat akan bercakap dalam bahasa lain atau bersuara kasar macam dalam movie. Tapi tak ada. Rupanya kata Man hanya bomoh tu boleh dengar apa yang makhluk tu cakap. Man tak tau macam mana bomoh tu boleh dengar tapi dia assume bomoh tu dengar dengan cara batin lah kot.
Mak Mat terjelepuk jatuh bila bomoh tu cakap kau keluar sekarang. Kepala bomoh tu dah terteleng-teleng lepas mak Mat tak sedar kan diri. At some points bomoh tu akan tunjuk beberapa tempat dan cakap 'situ'. Like nothing happened, bomoh tu bangun dan cakap jom. Rupanya tempat-tempat yang di tunjuk tadi ada tersimpan benda yang di hantar oleh orang. Ada batu sungai, taring babi dan bunjut kain putih. Semua benda tu terletak di tempat yang Man rasa tak logik untuk orang letak.
Taring babi ada di celahan kayu tiang seri. Batu sungai ada atas bumbung. Untuk pengetahuan semua batu tu sebesar kepala budak. How can someone put that rock on someone's roof without no one noticing. Bagi Man ini adalah pengalaman baru. Tak sia-sia datang malam tu. The last thing is bunjut. Man kata nak ambil bunjut tu punya lah susah sebab di belakang rumah dan di dalam selut laluan air kumbahan dapur. Time tu man kata bukan main sejuk angin. Bau busuk selut lagi dan entah dari mana datang bau busuk telur tembelang. Dah tu pulak kena korek guna tangan sebab tak nak koyak kan bunjut tu. Daus yang dapat bunjut tu dan semua pun macam dah puas hati ajak masuk rumah semula.
Kejap kata bomoh tu. Ada satu lagi barang, cari telur. So semua pun sambung korek dengan tangan sampai jumpa telur sambil ditemani bunyi cengkerik dan macam-macam bunyi lagi. Suasana waktu tu macam dalam hutan. Punya bingit dengan bunyi binatang. Daus juga yang dapat telur tu kali ni.
Semua barang tadi di bungkus dengan kain kuning dan dijampi. Man tak ambil port sangat bila bomoh tu jampi-jampi. Bila dah selesai jampi semua keluar dari rumah dan bomoh tu merenjis seluruh rumah dengan air jampi. Waktu ni lah Daus tiba-tiba mengerang sakit. Tangan dia rasa kebas dan lenguh. Urat-urat tangan Daus timbul dan nampak kebiruan. Aktiviti seterusnya adalah bomoh yang ada cuba merawat Daus pulak. Waktu ni Man rasa dah bertuah sebab bukan dia yang jumpa bunjut dan telur tadi.
Aktiviti merawat Daus sekejap saja dalam 15 minit saja dan Daus terus rasa ok. Aktiviti merenjis malam tu bersambung. Terkejut Man bila ada beberapa tempat yang direnjis air tu tiba2 ada percikan api. Kali ni Man tak boleh simpan lagi. Terus terkeluar 'wow' dari mulut dia.
Selepas dah selesai merenjis, semua duduk dalam satu bulatan dan buat tahlil. Man pun tanya apa sebab jadi benda ni. Menurut bomoh tu, ada orang tak puas hati dengan Mak Mat berkenaan dengan tanah yang dia duduk. Yang menghantar tu nak menghalau Mat satu family dari situ. Details of the case Man dah tak ingat sangat sebab dia tak berminat nak tau waktu Mat cerita dulu.
Sampai sekarang kalau melepak dan sampai bab cerita hantu Mat akan cerita pengalaman dia. Pernah dia cakap 'aku nak contact Mastika la bagi cerita aku ni'. |
|
|
|
|
|
|
|
thank you
|
|
|
|
|
|
|
| |
|