View: 4010|Reply: 4
|
Wanita Dambaan Jin Dijemput Ke Stesen TV, Tetamu Histeria Terpelanting Dari Kerusi
[Copy link]
|
|
Wanita bernama Anggie Nabila mula didambakan sejenis jin berupa labah-labah berkepala manusia sejak datang bulan pertama kali ketika berusia 11 tahun.
Walaupun sudah berkahwin, entiti berkenaan masih ‘setia’ mencintai Anggie dan tiada satu hari pun ia tidak mengacau.
Baru-baru ini, Anggie menerima undangan ke sebuah rancangan televisyen untuk berkongsikan pengalaman misteri sepanjang lebih 10 tahun diganggu makhluk halus yang tular sejak awal bulan.
YouTuber Mas Nanda yang sudah biasa dengan penerokaan dunia paranormal turut dijemput untuk berbincang mengenai perkara itu.
Sebelum perbualan berakhir, Mas Nanda cuba menyeru jin tersebut bagi tujuan kemunikasi dan dia memulakan upacara dengan bacaaan jampi serapah.
Secara tiba-tiba, kerusi yang didukinya terbalik dan Mas Nanda terpelanting ke belakang selain suaranya mulai garau bertutur menggunakan Bahasa Jawa.
Di kesempatan itu, Anggie bangun untuk bertanya sendiri mengapa dan apa motif sebenar jin itu mendampinginya selama berbelas-belas tahun.
Dengan jawapan ringkas, makhluk tersebut berkata dia hanya mahu bersama dan terus menjaga kerana ia adalah amanat daripada nenek Anggie satu ketika dahulu.
Sumber: Kisah Dunia |
|
|
|
|
|
|
| |
|