CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3267|Reply: 90

Makin Parah Bidang Sains Disisihkan, Ramai Pelajar Pilih Aliran Sastera Sebab Senang Lulus Dan Cepat Kerja

[Copy link]
Post time 1-6-2023 10:04 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Bagi mengelakkan program Sains, Teknologi, Jurutera dan Matematik (STEM) didisihkan, pihak sekolah digesa menarik semula kebebasan pelajar dalam memilih aliran selepas melangkah ke tingkatan empat.


Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, punca STEM kurang mendapat sambutan apabila pelajar diberi kebebasan untuk memilih di peringkat sekolah lagi.


Gambar Hiasan




“Dengan kebebasan yang diberi, ada kecenderungan pelajar memilih kursus yang dianggap lebih mudah untuk lulus, lebih santai yang mana program-program tersebut dilihat lebih senang untuk membina kerjaya.


“Contohnya, jika kita buat perbandingan dua pelajar yang mana seorang pelajar aliran sains (melanjutkan pengajian kedoktoran) mengambil masa lebih kurang enam tahun, manakala seorang lagi pelajar aliran sastera (melanjutkan pengajian pengurusan) hanya memerlukan tiga tahun dan terus boleh bekerja.


“Dalam tempoh tiga tahun bekerja, dia akan memiliki lebih banyak pengalaman dan sudah dikira ‘senior’. Jika dalam rangka perkhidmatan awam, dia mungkin sudah sampai gred 44, manakala seorang lagi baru menamatkan pengajian,” katanya kepada Kosmo!


Justeru, kata Dr. Raduan, selain daripada pemilihan belajar, keseluruhan ekosistem aliran sains perlu ditambah baik ekoran ia tidak banyak membantu termasuk kurang menerima pengiktirafan.


“Kita tak boleh bagi alasan tiada bajet dan sebagainya kerana ini merupakan satu pelaburan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan,” ujarnya.


Katanya, banyak program di peringkat universiti yang terjejas, sekali gus memerlukan perancangan lebih teliti menghubungkan Kementerian Pendidikan (KPM) dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).


“KPM dan KPT kena kolabrasi dalam hal ini. Contohnya, dahulu kita ada pelan pendidikan rendah dan pelan pembangunan pendidikan tinggi, namun tiada kesinambungan daripada perkara tersebut.


“Ia perlu ada sinergi semua perkara ini dan intervensi khusus daripada kerajaan dari segi polisi serta tingkatkan ekosistem yang lebih mengiktiraf kerjaya dalam bidang sains dan matematik,” ujarnya.


Sementara itu, menurut bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, usaha bersepadu antara KPT dan KPM wajar dilaksana bagi mewujudkan kesedaran betapa pen­tingnya bidang profesional dalam kalangan pelajar.


Katanya, pendedahan secara berterusan seperti kempen dan aktiviti dalam kelas mampu mengembalikan minat pelajar terhadap bidang berkenaan.


“Pertama sekali, pihak sekolah dan KPM boleh melaksanakan pelbagai kempen mengapa para pelajar harus minat dalam bidang STEM. Para pendidik juga boleh menjadi lebih proaktif di dalam kelas dengan menekankan kepentingan bidang sains dan teknologi.


“Di peringkat sekolah, selain guru, semua pihak juga perlu melibatkan diri termasuk kaunseling serta pengetua. Jika konsisten, dengan sendirinya minat mereka akan bertambah,” ujarnya.


Dalam pada itu, Alimuddin berkata, KPT juga mempunyai peranan penting kerana secara lazimnya, pelajar akan melanjutkan pengajian dalam kursus yang mereka minati.


“Kita tahu bekalan untuk memasuki institusi pengajian tinggi datangnya daripada sekolah. Jadi KPT dan universiti boleh turun ke lapangan mendekati pelajar sekolah kerana semuanya bermula dari bawah.


“Dengan penerangan yang jelas tentang subjek atau kursus diperlukan, sedikit sebanyak ia membuka mata pelajar dan mendedahkan mereka mengenai bidang profesional berkaitan sains, teknologi dan matematik,” ujarnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 10:06 AM | Show all posts
ko belajar penat2 sains stream, kimia biologi fizik bagai, last2 kerja 1500 jugak gaji sebulan

buat waktu ni tak nampak lagi peluang kerja yg banyak utk bidang sains kat malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:11 AM | Show all posts
belajar jadi doctor pun bila buat housemanship kene buli dgn doctor senior.. paling terok kene buli dgn nurse senioor gendut.. sampai kertas managemnet pun nurse sama baya buli suruh doctor muda buat.. mcm takde makna belajar jadi doktor
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:23 AM | Show all posts
aku rasa bodohlah alimudin ni kenapalah jadi ketua pengarah pelajaran

zaman sekarang ni semua budak dah fikir majuler,  nak kerja apa, fikir pasal laluan kerjaya, berpa gaji, senang ker susah nak capai.... semasa berfikir pasal kerjaya, kedudukan mereka dah melampau dari hal minat...  dah ramai yang nampak kerjaya apa yang beri mereka duit, kemudahan, kebaikan etc...ada pulak yang pandai-pandai nak lencongkan ambik subjek berlainan.

guna minat untuk tarik pelajar ambik subjek yang sepatutnya mereka tak nak, dan akhirnya pula mereka tahu pulangan gaji atau peluang kerjaya kurang, tidak seperti yang mereka harapkan misalnya, ini sebenarnya menipu mereka dalam memilih jalan hidup.

kaitkan minat dengan kena pilih subjek apa yang mungkin berlainan dengan kerjaya yang diinginkan adalah pemikiran yang sangat-sangat bahaya... boleh hancurkan kehidupan dan minat untuk meneruskan pembelajaran bila dapati alimudin telah menipu mereka..

kalau kira pasal minat semua nak jadi artis tiktokers content creator menari sana sini sambil gelak gelak.. pendapat orang ini so yesterday. ianya dah jadi satu paradigm dalam pemikiran kpm sehingga tak boleh berfikir diluar kotak dan menyebabkan pemikiran yang kaku dari atas sampai bawah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:26 AM | Show all posts
aku laki bini bidg engineering pun xnak anak3 aku amik engineering....melainkan klu minat sndr..tu pun xpayah keje kat sini..keje dkt luar...klu nak keje dkt Malaysia ni jd akauntan je...amik ACCA jugak...xpayah la sains stream bagai..gaji sendu melainkan O&G atau jd ahli politik...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:58 AM | Show all posts
nyah

budak2 tu generasi lockdown

2 tahun diorang hidup terkurung, tengok dunia tunggang-terbalik, mak bapak hilang kerja, takde punca pendapatan, nak makan pun susah.
ingat lagi orang kibar bendera putih?

itu tak campur lagi dengan yang kehilangan ahli keluarga, kematian dek covid, coronavirus. kecik2 lagi dah takde mak, takde bapak, atau kedua-duanya. hilang tempat bergantung.

pastu, generasi atas diorang. ramai ada diploma ijazah, sudahnya kerja gaji minima. takde kerja. tapi hutang belajar berpuluh ribu.

ko ghase?
budak2 ni sekarang semua nak berdikari cepat, nak tolong keluarga sendiri.
atau yang takde mak bapak, nak cepat survive, takde tempat bergantung.

tapi of course lah
balik2, salah dan kutuk budak2 ni tanak sambung belajar sebab nak jadi influencer lah, influenza lah, itu lah, ini lah

Iols yang tua 20-30 tahun daripada diorang pun, kesian nengoknya
matang diorang pun lain macam tau
tak macam kita-kita, korang-korang dulu. dah besar pun bodoh lagi. tiberhh keluar kata2 nista pada kamurang. gituuu

abis la Iols kena keciamm satgi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2023 11:18 AM | Show all posts
betul la tu.
sains dan engineering kat negara ni takde masa depan

susah sampai ada yg jadi sewel, exam ramai fail, fees tinggi,
bila graduate, peluang kerja tak banyak, cgpa kena tinggi,
gaji ciput, promotion susah, takde masa depan

kat tempat kerja,
yang jadi asst manager, manager, senior manager, AGM,
adalah graduate bisnes and management.

yang dulu masa sekolah adalah kelas aliran accounting & sastera
mereka ni yg jadi bos pada budak2 kelas science stream

funny trend in malezija
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:22 AM | Show all posts
capiloton replied at 1-6-2023 11:18 AM
betul la tu.
sains dan engineering kat negara ni takde masa depan

kan funny kan
yg ada degree pon amik MBA utk naik pangkat
kalu tau awal2 lagi xyah susah2 p amik degree engineering belajar subject yg susah pening kan otak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya mampu ke dorang2 yg x de pmr ni nak ambik stem...gi belajar happy2 x de exam sesuaila ambik sastera
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:27 AM | Show all posts
cuba2 course lain pulak selari dgn permintaan semasa

mcm sale marketing, bidang ni surely tak sama dah mcm 10 atau 20 tahun lepas, sapa yg belajar marketing sekarang ni, for sure kena pandai guna all media social tools, kalo pandai guna tools ni, mcm fb ads, google ads, tiktok ads, ko tak keja dgn org, ko buat business sendiri pun gaji dah berpuluh ribu sebulan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik2 kertu mana faham budak zaman now. Zaman acik2 dulu banyak sabsidi, hutang ptptn pun mungkin takda. Result so, so pun boleh masuk keje gomen, ada kabel lagi senang. Itu pun ada hati nak ngata budak2 zaman skrg manja.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:35 AM | Show all posts
aku rasa cikgu kena hantar kursuslah, kalo ngajar pung membosankan how kids nak suka
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:46 AM | Show all posts
Edited by capiloton at 1-6-2023 11:52 AM
lifeline replied at 1-6-2023 11:22 AM
kan funny kan
yg ada degree pon amik MBA utk naik pangkat
kalu tau awal2 lagi xyah susah2 p amik d ...

ramai kenalan i (including chinese) in faculty of engineering,
mereka tu semua lecturer, senior lecturer, deputy dean
takde yang anak mereka belajar STEM

semua pilih - IT, accounting, bisnes & management

adik i sendiri, study sekolah menengah sains,
graduate mechanical eng kat UMS,
belajor hampir 5 tahun, last2 jadi IT programmer
after graduate, dok rumah 6 bulan,
amik online IT cert with exam at Udemy.

STEM memang takde masa depan.
melainkan anak korang memang betul2 cemerlang & dapat scholarship
graduate with 1st class pointer

yang beshe2 ni,
baik anak korang pilih course berkaitan Admin sajo, ada peluang naik jadi bos


Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:56 AM | Show all posts
capiloton replied at 1-6-2023 11:46 AM
ramai kenalan i (including chinese) in faculty of engineering,
mereka tu semua lecturer, senior le ...

hahahah bethol
course IT pon bagus skrng
high demand
gaji starting fresh grad even local company pon senang nk dpt 3k above
kalo engineering ha merasa la starting gaji 2.2k and above
kesian tau bidang engineering ni dari dulu smpai x skrng gitu jeee
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 12:13 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 1-6-2023 12:16 PM
lifeline replied at 1-6-2023 11:56 AM
hahahah bethol
course IT pon bagus skrng
high demand

as programmer, adik i dah 3 kali lompat keje,
umor 30, gaji hampir 5 angka,
keje company australia, base in KL

kekawan batch dia average gaji bawah 5k,
harap increment sajo,
mereputz di situ, takde promotion

sedeyh betoi keje jadi engineer kat negara nih

STEM ni harap industri oil and gas ajer lah,
and maybe semiconductor
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 01:46 PM | Show all posts
capiloton replied at 1-6-2023 12:13 PM
as programmer, adik i dah 3 kali lompat keje,
umor 30, gaji hampir 5 angka,
keje company australi ...

betul programmer lompat kerja gaji mmg sedap
tp padan la dgn kerja diorang kan

tp engineer pon kerja teruk ok
tmbh2 yg duk kilang atau site
dgn berpanas hitam lenjun
pastu nak solve kan benda2 yg critical thinking
semua tu skill n kena org pandai2
tp tula gaji sedihhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 1-6-2023 11:46 AM
ramai kenalan i (including chinese) in faculty of engineering,
mereka tu semua lecturer, senior le ...

Lagi 1 kalau negara kita negara industri, STEM ni mmg penting lah…tu sbb skrg susah lepasan stem nak cari keje
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah blajaq susah2, last2 ntah dpt keje ke dak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 02:18 PM | Show all posts
survival diri sdri dahulu
bukan idealisma pemerintah dahulu
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Then apa majlis professor buat???? Dok flex Sana sini je ke...ko org yg patut turun buat promosi...jgn ko dok hadap sekolah sekolah nak raikan ko mcm yb sudahhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.049440 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list