CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2530|Reply: 32

Wanita Nyaris Jadi Mangsa Selepas Diminta Bawakan Beg, Penumpang Sebelah Terlebih Ramah Rupanya Penyeludup Dadah

[Copy link]
Post time 26-5-2023 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Seornag wanita yang dalam perjalanan ke Dubai nyaris menjadi mangsa penyeludup dadah.


Menurut individu yang identitinya tidak didedahkan, kejadian bermula apabila dia berkenalan dengan seorang wanita berumur yang duduk bersebelahannya di dalam sebuah pesawat.


Gambar Hiasan




"Jika anda sering melakukan perjalanan melalui udara, berhati-hati dengan jiran tempat duduk yang mesra dan terlebih ramah. Seorang wanita yang agak berumur datang dan duduk di sebelah saya di dalam pesawat.


"Dia meminta saya membantunya memasukkan begnya ke dalam ruang bagasi atas. Tetapi seorang lelaki yang duduk di seberang dengan cepat datang. Segera dia duduk dan memulakan perbualan.


"Dia sangat mesra dan bercakap dengan baik. Jadi kami berbual sepanjang penerbangan ke Dubai.


"Tiba-tiba, apabila juruterbang mengumumkan bahawa kami sedang memulakan perjalanan ke DXB, kawan baru saya ni alami sakit perut. Dengan baik hati saya menekan butang memanggil pramugari," imbasnya.


Bercerita lanjut, mangsa berkata wanita itu tiba-tiba memanggilnya dengan gelaran 'anak' dan memegang tangannya sambil menangis.


"Wanita ini tiba-tiba mula memanggil saya sebagai my daughter. Pramugari memberitahu saya bahawa tiada apa yang boleh mereka lakukan kecuali memberinya beberapa ubat penahan sakit dan tunggu sehingga kami mendarat.


"Kawan baru saya menangis dan berpeluh gila. Dan dia enggan melepaskan tangan saya. Semua orang menganggap kami mengenali antara satu sama lain," katanya.


Sejurus tiba di Dubai, seorang penumpang lelaki mendekatinya dan memberi amaran agar dia menjauhkan diri daripada wanita berkenaan.


"Jadi kami mendarat di DXB dan lelaki sama yang membantu meletakkan bagasinya di ruang atas mengeluarkan bagasinya.


"Tetapi semasa dia mengeluarkan bagasi, dia menasihati saya supaya menjauhkan diri daripada wanita ini dan menjelaskan kepada kru kabin bahawa kami tidak pergi bersama," ceritanya.


Ketika ditanya pramugari, mangsa kemudiannya menyatakan dia baru sahaja mengenali wanita itu dan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan.


"Saya memberitahu mereka bahawa kami baru sahaja bertemu di dalam pesawat. Saya tidak mengenalinya langsung. Jadi kami mula keluar dan semasa saya mengucapkan selamat tinggal dia terus merayu saya untuk membawa beg tangannya.


"Saya sangat berbelah bagi tetapi lelaki itu memandang ke dalam mata saya dan dengan tegas menggelengkan kepalanya. Dia memberikan saya nota yang memberitahu saya untuk membiarkan kru kabin mengendalikannya," ujarnya lagi.


Tidak lama selepas itu, dia menyedari suasana bertukar kecoh apabila wanita tadi cuba melarikan diri sebelum ditangkap oleh pengawal bertugas.


Lebih mengejutkan, wanita itu terus memanggil mangsa, menyebabkan dia turut sama disiasat di lapangan terbang itu.


"Semasa kami menunggu bagasi, saya mendengar kekecohan ini. 'Kawan baru' saya sedang berlari, cuba melarikan diri dari kru kabin dan bangun dari kerusi roda! Dia meninggalkan pramugari dengan beg tangannya dan hanya berlari ke arah pintu keluar dengan baki bagasi tangannya.


"Nasib baik polis lapangan terbang lebih laju daripada dia. Mereka menangkapnya dan membawanya kembali dalam keadaan bergari. Wanita ini mula memanggil saya my daughter, my daughter. Baru saya tahu. Dia membawa dadah dan dia cuba mengaitkan saya," ceritanya lagi.


Namun, mangsa terselamat apabila penumpang lelaki tadi sanggup menjelaskan perkara sebenar kepada pihak berkuasa, sekali gus menyelamatkannya daripada dikaitkan dengan penyeludup dadah itu.


"olis mengambil pasport saya dan meminta suspek mendedahkan nama penuh saya jika benar kami melancong bersama.


"Dengan izin Tuhan, saya tidak memberitahunya nama saya! Saya masih diminta untuk mengikut polis ke bilik kecil di mana saya disoal siasat secara terperinci. Bagasi saya telah banyak diselongkar dan diperiksa untuk cap jari.


"Mereka membersihkan semua bagasinya dan cap jari saya tidak ditemui di mana-mana pada bagasinya atau pada beg tangannya," ujarnya.


Mangsa berkata kejadian tersebut menjadi pengajaran besar agar dia lebih berhati-hati pada masa akan datang.


"Saya dilepaskan dengan nasihat jangan sekali-kali menyentuh bagasi sesiapa sama ada dalam penerbangan atau di lapangan terbang.


"Jadi mulai hari itu, saya tidak kisah berapa banyak bagasi yang kamu ada, kamu akan uruskanlah sendiri. Saya tidak akan menawarkan kamu troli untuk meletakkan bagasi anda! Bagasi kamu, masalah kamu, itu polisi saya.


"Dan jika kamu tidak dapat mencapai ruang atas, dan saya adalah orang yang terdekat, sila hubungi kru kabin," ujarnya mengakhiri bicara. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
I dah kena. Kat TBS cheras
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz: I dah kena. Kat TBS cheras

modus operandi buat ramah dan ngaku anak jgk ka
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 02:26 PM | Show all posts
cerita ni dah berkurun dah, dah kenapa ulang tayang cerita zaman tok kaduk
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 03:04 PM | Show all posts
esbok replied at 26-5-2023 02:26 PM
cerita ni dah berkurun dah, dah kenapa ulang tayang cerita zaman tok kaduk

sekadar peringatan. mungkin ada yang terlupa atau terlebih 'baik' bantu orang kat tempat awam
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 26-5-2023 12:20 PM
I dah kena. Kat TBS cheras

Seriously...pls elaborate more sis...utk ambil pengajaran
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2023 04:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 05:03 PM | Show all posts
gigahertz replied at 26-5-2023 12:20 PM
I dah kena. Kat TBS cheras

mcm mana. cerita..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 26-5-2023 09:03 AM
mcm mana. cerita..

I pakai baju pink.
I first time dtg TBS muka blur.
Tgh duduk kat bangku main phone
Dtg seorang lelaki China dtg kat i ckp mandarin
Dia suruh i jagakan beg dia. ( Beg troli ada penarik )
I tak sempat reply apa2 tetiba dia berlalu pergi
I is tunggu 2 jam. Dia x dtg claim.
I syak ada bende dlm tu. Ntah bom ke
Minyak paket ke dadah ke mayat ke
So i panggil polis bantuan. Serah beg tu kat polis.

Fun fact : i muka mmg mcm cina. I dah biasa
Cina2 mistaken i is Cina.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 26-5-2023 07:11 AM
Seriously...pls elaborate more sis...utk ambil pengajaran

I pakai baju pink.
I first time dtg TBS muka blur.
Tgh duduk kat bangku main phone
Dtg seorang lelaki China dtg kat i ckp mandarin
Dia suruh i jagakan beg dia. ( Beg troli ada penarik )
I tak sempat reply apa2 tetiba dia berlalu pergi
I is tunggu 2 jam. Dia x dtg claim.
I syak ada bende dlm tu. Ntah bom ke
Minyak paket ke dadah ke mayat ke
So i panggil polis bantuan. Serah beg tu kat polis.

Fun fact : i muka mmg mcm cina. I dah biasa
Cina2 mistaken i is Cina.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
matbad replied at 26-5-2023 05:25 AM
modus operandi buat ramah dan ngaku anak jgk ka

Tak. Ada warga China suruh i jaga beg dia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 26-5-2023 06:00 PM
I pakai baju pink.
I first time dtg TBS muka blur.
Tgh duduk kat bangku main phone

Dpt tahu tak apa kat dalam tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 06:27 PM | Show all posts
gigahertz replied at 26-5-2023 06:00 PM
I pakai baju pink.
I first time dtg TBS muka blur.
Tgh duduk kat bangku main phone

citer tergantung le
pulis check ke apa dlm beg? so dadih ke dadah ke dada?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 26-5-2023 03:04 PM
sekadar peringatan. mungkin ada yang terlupa atau terlebih 'baik' bantu orang kat tempat awam


Betul la juga tu. Cuma nya msetar kan. Msetar ni bukan patut bagi latest news ke, dah kenapa ceduk cerita lama. Reputs cari pulak ceduk dari msetar.

Kalau cerita ni dalam magazine ke mastika ke paham lah aku. Duduk pulak kat isu semasa.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 07:10 PM | Show all posts
esbok replied at 26-5-2023 02:26 PM
cerita ni dah berkurun dah, dah kenapa ulang tayang cerita zaman tok kaduk

Iye, cuma dulu dalam English
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 26-5-2023 10:24 AM
Dpt tahu tak apa kat dalam tu?

Tak tahu. Lepas i serah kat polis i lari.
Malaysia punya law kalau senjata atau dadah
Di temui sebelah kita ... Cukup utk tali gantung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 26-5-2023 07:31 PM
Tak tahu. Lepas i serah kat polis i lari.
Malaysia punya law kalau senjata atau dadah
Di temui seb ...

Cuaknya. Tapi kalau you lari, polis x kejar ke? .
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tom2 replied at 26-5-2023 12:01 PM
Cuaknya. Tapi kalau you lari, polis x kejar ke? .

Polis x buka beg tu rasanya.
I tell the truth pada polis.
Bukan salah i so i x perlu lari
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 26-5-2023 06:00 PM
I pakai baju pink.
I first time dtg TBS muka blur.
Tgh duduk kat bangku main phone

..pink?
Engkau ni, laki ker pompuan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
esbok replied at 26-5-2023 02:26 PM
cerita ni dah berkurun dah, dah kenapa ulang tayang cerita zaman tok kaduk

same mcm kes scam kt talipon tu. tak sume alert wpn kisah scam tu berulang kali berlaku dan amaran pn dh lame diberitahu. masih ade juge yg terkene.

jd kisah begini elok jugak la diulang tayang mcm asterok. moge takde dh mangsa keldai dadah mcm ni.

mcm kes ni, acik tu pandai sgt berlakon utk raih  simpati minah tu. minah tu sgt bernasib baik ade penumpang lain yg tlg alertkan die,tlg die mase disiasat. ikutkan minah ni sipi lg nk terkene. licik acik tu nk kene kan org
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.356417 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list