View: 1745|Reply: 32
|
"Kalau Mati Macam Mana?" Wanita Berang Muka Anak Dipijak Budak Lain Ketika Mandi Di Taman Tasik Titiwangsa, Bapanya Sibuk Main Telefon
[Copy link]
|
|
Seorang wanita berkongsi cerita mengenai bagaimana kanak-kanak tidak dikenali boleh menjadi agresif sehingga hampir mencederakan anaknya.
Kejadian itu menyaksikan muka anak wanita tersebut dipijak ketika dia berada dalam keadaan terlentang di kolam renang sehingga menyebabkan dia hampir lemas.
"Aku cuba bersabar, tapi aku rasa penting untuk peringatan kepada semua ibu bapa, kalau nak bawa anak keluar jalan-jalan, jangan jadikan anak orang lain sebagai mangsa.
"Kau boleh eh lepaskan macam tu je anak kau bersuka ria di tempat awam, sambil kau layan telefon pintar dan tak peduli apa anak kau buat," kata wanita itu di luahan Facebook.
Foto: mStar
Difahamkan ketika kejadian, wanita yang merupakan pengamal media bertugas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), justeru anak-anak ditinggalkan bersama suaminya.
"Kejadian berlaku pada sebelah petang di Taman Tasik Titiwangsa. Suami yang menjaga ketiga-tiga anak aku bawa mereka pergi main air dekat sana.
"Tanpa sengaja, waktu suami tengah rakam video dan ambil gambar untuk kenangan, ada seorang budak perempuan yang lebih kecil daripada anak aku sengaja pijak muka anak aku dalam air.
"Suami aku terus tarik tangan budak tu dan marah sebab buat macam tu. Bila cari ibu bapa dia, suami aku kata hanya nampak bapa dia tengah leka main telefon pintar, mak budak tu tak ada.
"Si bapa budak tu biarkan anak dia main air dekat kawasan yang sama dengan anak aku main juga," cerita wanita itu mengenai kronologi kejadian.
Lebih menyakitkan hati wanita itu apabila anaknya sendiri mengadu tentang kejadian terbabit kepadanya sehingga menyebabkan naluri keibuannya tercabar.
"Bila aku balik kerja, anak aku pun mengadu, ada orang pijak dia sampai dia tak boleh bernafas.
"Aku bila dengar mula angin satu badan, aku terus tanya suami bertalu-talu dengan soalan itu ini. Suami aku cuba tenangkan keadaan.
"Dia kata budak tu masih kecil dan jangan besarkan isu. Ya, of course aku tak akan besarkan isu. Tapi tolonglah, kecil tak bermakna kau boleh buat apa yang kau suka dekat budak lain.
"Sebab itu melibatkan adab dan sikap. Dan adab ni perlu diajar daripada ibu bapa yang seharusnya memantau setiap pergerakan anak apabila di tempat awam. Bukannya pergi main telefon pintar," katanya.
Wanita itu bagaimanapun bersyukur tidak ada apa yang buruk berlaku namun tetap mempersoalkan jika terjadi situasi sebaliknya.
"Entahlah, bila tengok gambar anak aku kena pijak, aku akan terus sakit hati dengan apa yang budak tu buat dekat anak aku.
"Kalau anak aku mati sebab anak kau pijak muka anak aku dalam air, kau nak jawab apa?
"Jadi, tolonglah ibu bapa. Peka dengan setiap tingkah laku anak-anak kita. Kesiannya la dekat anak aku seorang ni," ujar wanita itu mengakhiri bicara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berasa berang dengan apa yang dilihat dan mengharapkan kejadian serupa tidak menimpa anak-anak mereka.
"Ni kalau kena dekat anak atau cucu aku, aku lempang terus. Kalau dekat tempat awam, wajib pantau anak-anak sendiri, jangan sampai jadi pembuli. Mendidih darah tengok.
"Tiada istilah mereka masih budak-budak lagi. Kalau kau cakap macam tu dekat aku, aku akan tumbuk terus muka kau. Ke penjara pun aku sanggup.
"Ibu bapa tolong ajar adab dari kecil, jangan biar anak naik lemak. Jangan sampai aku yang masuk ajarkan.
"Anak ganas macam ni maksudnya dia biasa buat, mak ayah tak halang pun. Memang patut bagi terus kalau budak-budak macam ni," demikian komen sebahagian warga maya. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Thunderclouds at 25-5-2023 11:00 AM
Toksah bwk ank² p mana² la mcm tu.
Budak² kecik main kasar bsepah².
Ank ko sendri for sure bukan setiap saat ko perati.
Kalo ank aku jd gitu aku take charge aje.
Make it stop.
Nk naik hantu or merentan kt medsos jauh sekali pasal adab yada³ dh namanya budak kecik.
Everybody feeling mcm special snowflake.
Dok la diam² dlm bubble hang.
Sembang nk tumbuk or penampar org tp preaching mcm ko la terrpaling beradab..
Puii.. |
|
|
|
|
|
|
|
anak dia xreti fight back ke? bdk ppuan tu pn ganas noh! ataupn special needs kid |
|
|
|
|
|
|
|
Parents kena ajar anak macam mana nak protect diri dari dibuli..
Bukan cari gaduh sebaliknya keluar dari zon yang menyebabkan kena buli.
Contoh dalam keadaan mcm tu, anak dia segeralah bangun tolak kaki budak perempaun tu, confront budak perempuan tu, jerit ker.. macam-macamlah boleh buat..
Just my 2 cents opinion.. |
|
|
|
|
|
|
|
Parent yang baik membentuk anak yang berakhlak. Yang merentan marah cakap budak budak main memang kasar, budak budak perangai memang macam tu.. sah! Tak reti jaga anak buat anak je pandai.
Anak orang lain elok je behave apesal anak ko sorang perangai macam monyet? |
|
|
|
|
|
|
|
mmg kalau g tempat2 mcm ni akan ada perangai mcm2
mcm hanat mcm anak setan
kalau nak selamat jgn le pi sesak2 mcm gitu... kalau ditegur kang mau bawak gado... nampak sgt bapaknya xdulik |
|
|
|
|
|
|
|
Budak lelaki yg sorang lagi tu buat apa? Mcm relax je tak de nampak marah ke geram ke. Btw, kau tangkap gambar anak kau dulu ye sebelum kau angkat anak kau? Kalau iols dah bertempek dah, sempat lagi kau kasi anak kau lemas lama2. |
|
|
|
|
|
|
|
anak sapa lah nie...kecik2 pijak org, dah besar hasut bf bunuh org pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Sanggup ke penjara. Cehhhhh. Statement pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah. Psikopath in the making ke tu? Kena cek mental health budak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ibu bapa kena sentiasa mengawasi perbuatan anak |
|
|
|
|
|
|
|
Meols masih ingat dengan jelas, masa 1st day anak meols masuk nursery. Benda yg meols ajar, kalau ada kawan tolak, tolak balik kawan tu before mengadu kat cikgu. Kena defend diri sendiri dulu. Sekarang ni meols tengok, parent yg melebih merempan kat sosmed. Yg anak, teruslah kena buli, tak pandai nak bela diri. |
|
|
|
|
|
|
|
elzy replied at 25-5-2023 12:00 PM
Parents kena ajar anak macam mana nak protect diri dari dibuli..
Bukan cari gaduh sebaliknya keluar ...
Kang budak tu bangun melawan..siap pakej toreh dan bakar...lain pulak jadinya nanti...
News kat mesia nih bukan boleh buat main..mcm Ada jangkit menjangkit Kang..
Tetiba teringat news pasal dugong ..lepas Tu setiap minggu ada news baru pasal dugong kuar...aduyaiii
Utk tak ot, to parent nak bawa anak mandi kat public pool, sila awasi anak anda sendiri ye...kalau malas nsk awasi, pegi booked private pool..ko nak biar anak ko berendam sampai kembang pun org lain X kisah |
|
|
|
|
|
|
|
tak pandai, sebab harap mak pak yang fight their war...
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang ramai rupanya jenis tak reti nak ajar anak dekat rumah.
Mata tu duk ngadap hp jela sepanjang masa.
Kalau dah sampai tahap pijak muka anak orang lain tu memang lain dia punya level.
Perempuan pulak tu.
Agaknya dah biasa tengok bapak dia pijak muka mak dekat rumah kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju, pendek kata parents mainkan peranan penting..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku ajar anak aku mcm ni, tapi dia tolak budak yg buli dia tu kuat sangat pulak..... terlentang jatuh budak tu
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat anak aku yg kecik (2 tahun) kena terajang kat pinggang dengan budak lelaki 4-5 tahun, depan mata aku dia buat.. aku herdik "anak siapa yg biadab sangat ni? tendang2 anak orang, kurang ajar punya budak".. same type, bapak dia duk kat sofa tepi tu main handphone
kejadian kat playground toppen sebelah foodcourt ikea terbrau...
padahal sblum anak aku nk main kat playground tu aku mcm x sedap hati, sbb playground tu pernah viral ada kes budak kena tolak dari gelongsor
budak2 kecik skrg ni mmg ada jenis yg biadab, kasar.. last week ada 2-3 org budak basikal masuk rumah aku (aku mmg biarkan gate bukak, sbb tgh tunggu org coway dtg nak servis), dlm perkarangan rumah aku budak2 tu tendang2 pokok hiasan aku, pastu nak pukul kucing aku dgn batang mop, aku tengok kat cctv, pastu aku keluar, diorg terkejut pastu buat muka x malu cakap nak beraya.. apa lagi, aku terus jerit, ingat acik tak nak korang buat apa tadi, sambil tunjuk cctv kat sudut dinding.. pastu masing2 menikus terus ambik basikal & blah...
hmmm.. entahlah, aku adik beradik dulu takde perangai mcm tu.. hasil didikan parents yg garang |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 ade mcm2 jenis. Takleh nk expect anak org semua baik2. So sentiasa ler pantau anak kita, ok la tu suaminya ada dan tegur budak tu, ni la peranan mak bapak, stop d bully. Dlm masa yg sama kena ajar anak defend diri sendiri juga. |
|
|
|
|
|
|
|
nadiaaziz56 replied at 25-5-2023 03:54 PM
Memang ramai rupanya jenis tak reti nak ajar anak dekat rumah.
Mata tu duk ngadap hp jela sepanjang ...
Boleh jadi la tu. Didikan melaui teladan. Dok tgk kat rumah so practice kay luar pulop ye dop |
|
|
|
|
|
|
| |
|