CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1880|Reply: 28

Main Kutu Untuk Tampung Gaya Hidup Mewah

[Copy link]
Post time 24-5-2023 07:37 PM | Show all posts |Read mode
Hari ini, bukan golongan wanita dan suri rumah sahaja, malah generasi muda akan menyertai skim duit kutu terutama mereka yang berkeinginan mendapatkan barangan istimewa.


Tidak seperti dahulu apabila duit kutu dijadikan sebagai sumber pendapatan keluarga, generasi masa kini lebih tertarik untuk membelanjakan wang hasil daripada permainan kutu untuk membeli aksesori kereta, telefon bimbit, beg tangan berjenama dan barangan kemas.


Malah, ada sesetengah individu bergelar ‘ibu kutu’ atau ‘kepala kutu’ menjadikan media sosial sebagai platform untuk mempromosikan permainan.




Gambar hiasan




Bagi penggemar modifikasi kereta, mereka merasakan main kutu adalah salah satu kaedah terbaik untuk menghias kende­raan masing-masing.


Lebih memudahkan mereka apabila tawaran permainan kutu itu dibuat sendiri oleh premis yang memiliki kedai aksesori dengan tawaran pembelian ‘sport rim’, kerusi serta ‘sunroof’.


Seorang kepala kutu yang juga pemilik kedai aksesori kende­raan dikenali Cik Dayah berkata, permainan kutu diperkenalkan oleh kedainya sendiri atas permintaan pelanggan mereka.


Dia yang tinggal di Teluk Intan, Perak berkata, pelanggan atau pemain kutu pula tidak perlu bimbang ditipu kerana bara­ngan yang dikehendaki mereka memang sentiasa ada.


“Kami sebenarnya tawarkan macam-macam termasuk sunroof kereta, sistem audio, sport rim dan juga cip management kereta. Harga setiap barang ini memang tinggi dan ada yang boleh mencecah RM5,000.


“Jadi, kami bagi pilihan kepada pelanggan untuk menyertai kumpulan kutu dan setiap daripada mereka akan mendapat bara­ngan yang diinginkan dalam tempoh 10 bulan.


“Bagaimanapun, kami tetap buat syarat iaitu mereka perlu menyerahkan salinan kad pe­ngenalan, bil elektrik serta gambar kediaman bagi mengelak sebarang unsur penipuan,” katanya


Bagi seorang lagi kepala kutu dikenali sebagai Wilson Wong, 45, berkata, trend bermain kutu kini semakin berkembang dan bukan hanya untuk membeli emas dan barang elektrik.


Katanya, telefon bimbit adalah antara barangan yang pa­ling diinginkan oleh orang ramai sehingga menyebabkan mereka berminat untuk bermain kutu.


“Saya kadangkala kesian de­ngan pelanggan, mereka ada minta untuk buat bayaran ansuran, tetapi saya fikir lebih baik main kutu dan kita tetapkan untuk 10 pemain.


“Mereka yang ingin memiliki telefon bimbit jenis Iphone hanya perlu menunggu giliran selama 10 bulan dan saya tetapkan bayaran RM250 sebulan,” kata­nya.


Katanya, antara syarat yang dikhaskan kepada pemain kutu adalah setiap pemain yang sudah memasuki list tidak boleh menarik diri kecuali ada pengganti.


“Bayaran juga tidak boleh lewat dan jika berlaku, mereka akan didenda RM20 sehari.


“Paling penting adalah perlu mengemukakan bukti pendapatan bulanan bagi mengelakkan sebarang penipuan,” katanya.


Dalam pada itu, seorang ibu kutu dikenali Faridah, 41, ber­kata, permainan kutu turut po­pular dalam kalangan penjawat awam wanita yang ingin me­ngumpul koleksi barangan kemas.


“Sebelum ini, ramai yang bermain kutu untuk membeli ko­leksi pinggan mangkuk berjenama, tetapi sekarang beralih kepada barang kemas.


“Biasanya, setiap seorang akan mendapat habuan kutu berjumlah RM2,000 hanya dalam tempoh 10 bulan,” ujarnya.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2023 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau simpan byk tu setiap bln, sendiri2 pun sama jahh.. cuma kena berdisiplin la
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 08:03 AM | Show all posts
iolls main kutu ngan bradik, kazen2 n kdg2 ngan opismate.
dapatlh jugak antara 2k-5k masa turn iolls.
hehe ok gak main ni , kena pilih team yg jujur dan kenal lah.
kwn2 ada yg main kutu ni utk byar roadtax plus insuran kreta, senang katanya tak yh fikir nk simpan duit utk renew tu, pakai duit kutu jah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 08:35 AM | Show all posts
aku rasa ok je main kutu ni.. dari berhutang.. better kumpul duit main kutu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
aku main kutu sbb memeriahkan group hehe.. ibu kutu cikgu skolah ni.. mmg cekap. dah lbh 10 thn join. giliran pun tk berubah.. senang bulan2 yg sama.. main 10bulan je. sbb hjg thn cuti
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 08:43 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 24-5-2023 07:44 PM
Kalau simpan byk tu setiap bln, sendiri2 pun sama jahh.. cuma kena berdisiplin la

hah kan,benda xperlu libatkan org,tp sbb xde displin tu yg xleh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2023 08:51 AM | Show all posts
sama macam cousin perempuan I. I cuma racun dia pasal car care syampoo kilat tayar wax coating tinted, tapi dia start dari tu kemudian over plak sampai skrg dia berabis duit untuk aksesori kete. ntah hape2.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 08:53 AM | Show all posts
dulu aku main la kutu..skrg dh ada komitmen..xmain dh..simpan sndr je..takut xdpt byr bln2 plak.menyusahkan org...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 25-5-2023 08:51 AM
sama macam cousin perempuan I. I cuma racun dia pasal car care syampoo kilat tayar wax coating tinte ...

Sbb napsu dia kuat.. hang dah racun dia sikit, napsu dia plak takeover pastu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 25-5-2023 08:43 AM
hah kan,benda xperlu libatkan org,tp sbb xde displin tu yg xleh

Nak disiplin, bubuh dlm akaun berasingan.. cukup haul, amik la.. giteww..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 09:03 AM | Show all posts
sayurmayur88 replied at 25-5-2023 08:03 AM
iolls main kutu ngan bradik, kazen2 n kdg2 ngan opismate.
dapatlh jugak antara 2k-5k masa turn iolls ...

iols lah tu
main kut utk renew roadtax


Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
iols main kutu dgn adik bradik 8org, main pun 8bulan je. saje suka2 kepala kutu abg weols.
yg bestnya sejak iols announce dah resign, bila turn iols je abg kakak adik iols pun topup duit instead of 8k, dapat la 10k. muehehehe. nikmat org x keje neh
pastu bila bercuti ramai2 iols guna duit tu belanja makan depa lak.

main kutu dgn org xkenal mcm join group dlm socmed tu agak bahaya la iols rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 09:12 AM | Show all posts
main kutu ni sebenarnya salah dr segi undang2

kalo ada sapa2 kena tipu main kutu, jgn la report

kalo description kat bank transfer tu, jgn la letak duit kutu,

akan mencurigakan bank,

letak la duit karipap ke, duit kereta ke,

duit makanan kucing...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 09:14 AM | Show all posts
syamzana replied at 25-5-2023 09:09 AM
iols main kutu dgn adik bradik 8org, main pun 8bulan je. saje suka2 kepala kutu abg weols.
yg bestny ...

main kutu dgn org xkenal mcm join group dlm socmed tu agak bahaya la iols rasa.


kutu ni sendiri salah, dlm akta bank...


dia belah pn dia tahu kalo report , pembuat aduan tu pn salah,




seolah2 pengedar dadah report polis dadah dia hilang...



Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 25-5-2023 09:14 AM
main kutu dgn org xkenal mcm join group dlm socmed tu agak bahaya la iols rasa.



iyerr...ada news kan ibu kutu kene dakwa last year kot dah.

tp chuols jgn report plak forumer dlm ni pakat2 main kutu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 09:17 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 25-5-2023 09:01 AM
Nak disiplin, bubuh dlm akaun berasingan.. cukup haul, amik la.. giteww..

buat je auto potongan tiap2 bulan masuk dlm akaun lain tiap kali gaji,
sbnarnya byk cara tanpa perlu buat kutu, tapi dengan kutu mungkin lebih displin sbb kena bayar kat org,lg 1 mengajar amanah dlm membayar hehehhe,
aku lagi suke simpan sendiri je,kalau tak sabar sgt instalment je lah,benda sama je kena bayar bulan2 jgk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat m2u, ade function goal & tabung.. auto deduct je. Kita set nak tabung berapa, berapa lama nak menabung. Kalau terdesak, boleh je withdraw duit tabung / goal tu. Aku lagi yakin menabung sendiri. Setakat ni dah set up tabung insuran & servis kete & cukai taksiran.  
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
kitaserupaaa replied at 25-5-2023 09:42 AM
Kat m2u, ade function goal & tabung.. auto deduct je. Kita set nak tabung berapa, berapa lama nak me ...

Ni cadangan yg bernas..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 25-5-2023 09:17 AM
buat je auto potongan tiap2 bulan masuk dlm akaun lain tiap kali gaji,
sbnarnya byk cara tanpa per ...

Poremer ada habaq m2u ada stail menabung
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 10:16 AM | Show all posts
aku pernah main kutu 2x je seumur hidup aku, by invitation. kutu emas. member aku invite masuk geng kutu cousin dia. after habis 2 cycle kutu. baru aku tau main kutu ni salah. aku tak pernah main kutu lagi. yg in ok la. dia mmg kerja dengan pajak gadai. emas2 tu semua emas tak dituntut kat pajak, takda upah. untung gak beli masa tu harga emas baru RM120/g walaupon design mmg hauk2 ler
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.258903 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list