View: 271|Reply: 0
|
Hakim Danish kecewa dengan keputusan di Valencia
[Copy link]
|
|
HAKIM Danish. -FOTO ZK Racing
Kuala Lumpur: Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli mengakui dia kecewa dengan keputusan yang diraih pada pusingan kedua Kejuaraan FIM JuniorGP European Talent Cup (ETC) yang berlangsung di Litar Ricardo Tormo, Valencia Sepanyol.
Menurut Danish, dia enggan menyerah kalah dan tekad bangkit serta memperkemaskan lagi tunggangannya untuk meraih keputusan yang lebih baik pada pusingan seterusnya.
"Perlumbaan 1 bermula agak baik dari petak 27 saya naik ke tempat ke-7 namun saya ada bersentuhan dengan pelumba lain membuatkan kedudukan saya jatuh dan berakhir dengan posisi ke-11.
"Perlumbaan 2 saya tidak mendapat permulaan yang baik, kumpulan hadapan mula ada gap membuatkan saya sukar untuk kejar dan saya habiskan perlumbaan di P13.
"Keputusan yang tidak berapa gembira buat saya namun saya tidak akan berputus asa untuk terus perbaiki diri untuk lebih kuat lagi di perlumbaan berikutnya. Terima kasih kepada pasukan, keluarga saya, semua penaja dan semua yang menyokong," katanya.
Terdahulu pada perlumbaan pusingan 2 ETC, pelumba berusia 15 tahun menamatkan perlumbaan kedudukan ke-11 pada perlumbaan pertama dan ke-13 di perlumbaan kedua.
Keputusan menyaksikan Hakim Danish kini berada di kedudukan kesembilan dengan meraih 24 mata keseluruhan selepas dua pusingan dan dijadual turun pada pusingan kedua yang akan berlangsung di litar Jerez, Sepanyol.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... putusan-di-valencia |
|
|
|
|
|
|
| |
|