CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 216|Reply: 0

McLaren minta peraturan F1 diubah

[Copy link]
Post time 20-5-2023 11:20 AM | Show all posts |Read mode

BOS McLaren Racing, Zak Brown. -FOTO AFP

London: McLaren meminta perubahan kepada peraturan Formula 1 untuk memudahkan pasukan mengejar kemampanan.

Bos McLaren Racing, Zak Brown berkata had bajet F1 memaksa pasukan untuk mengemukakan kemampanan berbanding daya saing.

Beliau menambah sebarang perubahan perlu dirancang untuk memastikan ia tidak mewujudkan kelemahan yang membenarkan perbelanjaan tambahan.

"Perlu ada cara untuk menentukan perkara yang boleh anda belanjakan di luar had supaya kami boleh berusaha ke arah menjadikan F1 lebih mampan," kata Brown.

F1 adalah sukan yang menjadikan kemampanan sebagai bahagian penting dalam perancangan masa depannya dan berjanji untuk menjadi sifar karbon menjelang 2030.

Tetapi sasaran itu memberikan cabaran besar untuk aktiviti yang menggunakan enjin pembakaran dalaman di mana kebanyakan kereta diperbuat daripada gentian karbon yang sukar untuk dikitar semula.

Had bajet F1, yang ditetapkan tahun ini pada £108.5m (RM612.50 juta) adalah salah satu daripada beberapa mekanisme yang diperkenalkan ke dalam buku peraturan beberapa tahun kebelakangan ini untuk menjadikan perlumbaan lebih kompetitif.

F1 sudah merancang untuk menggunakan bahan api sintetik netural karbon dan mampan sepenuhnya dalam enjin baharu yang akan diberi mandat untuk 2026.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... peraturan-f1-diubah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.055247 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list