CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 258|Reply: 0

Marquez rugi bonus RM10 juta

[Copy link]
Post time 18-5-2023 10:13 AM | Show all posts |Read mode

AKSI Marquez melayan selekoh di Le Mans, Perancis Ahad lalu.

London: Pelumba Honda, Marc Marquez dilaporkan kerugian lebih £1.9 juta (RM10.71 juta) selepas tidak beraksi empat perlumbaan MotoGP, menurut media Sepanyol Cuatro kelmarin.

Jumlah itu adalah bonus lumayan yang sepatut diterima seperti terkandung dalam kontrak bersama pasukannya.

Namun dia yang kembali berlumba di Le Mans Ahad lalu menceriakan semula pengurus banknya dan peminat MotoGP.

Skim bonus diraihnya termasuk £496,487 (RM2.79 juta) setiap kali berlumba, menurut laporan Cuatro dan Marquez turut mendapat bayaran tambahan £1.2 juta (RM6.76 juta) jika dia menjuarai MotoGP.

Habuan lumayan keseluruhan diterima jaguh dari Sepanyol itu tidak termasuk gaji tahunannya £10.9 juta (RM61.45 juta) yang dibayar Honda di samping pendapatan daripada penajaan.

Tahun lalu Marquez terlepas lapan perlumbaan, dua perlumbaan pertama disebabkan masalah penglihatan dan bakinya disebabkan pembedahan akibat kecederaan lengan.

Pada musim ini pula dia terlepas empat perlumbaan susulan kecederaan tangan dialami pada grand prix pembuka musim di Portimao.

Marquez mengikat kontrak bersama Honda sehingga penghujung 2024 dan dianggap pelumba MotoGP bergaji paling tinggi di grid tahun ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ugi-bonus-rm10-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.058971 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list