View: 220|Reply: 0
|
MotoGP: Marquez lebih rela gagal tamatkan aksi
[Copy link]
|
|
MARQUEZ memberikan tentangan sengit sepanjang perlumbaan sebelum terjatuh pada dua pusingan terakhir pada aksi di Le Mans kelmarin. – AFP
LE MANS, Perancis – Biarpun gagal menamatkan perlumbaan pada Grand Prix (GP) Perancis, pelumba Repsol Honda, Marc Marquez mengakui tetap gembira kerana mampu memberi tentangan cukup hebat meskipun terlepas tiga pusingan perlumbaan sebelum ini.
Pada perlumbaan pusingan kelima tersebut, Marquez tampil dengan tunggangan yang cemerlang terutama memberi tentangan hebat bersama dua pelumba Pramac Racing iaitu Jorge Martin dan Johann Zarco untuk merebut tempat di podium.
Namun, impian Marquez untuk menaiki podium tidak kesampaian apabila terjatuh pada baki dua pusingan terakhir sekali gus membuka ruang kepada Martin serta Zarco menamatkan saingan tempat kedua dan ketiga, sementara pelumba VR46, Marco Bezzecchi menjuarai saingan tersebut.
Marquez yang kembali dari pembedahan dan terlepas tiga siri perlumbaan di GP Argentina, Amerika Syarikat dan Sepanyol mengakui lebih gembira gagal menamatkan perlumbaan berbanding menamatkan perlumbaan di tempat ke-10.
“Sejujurnya, saya sangat gembira dengan perlumbaan hari ini. Memang mengecewakan kerana kami tidak meraih keputusan yang baik selepas semua kerja keras yang kami lakukan. Saya terjatuh pada penghujung perlumbaan.
“Yang menggembirakan ketika ini adalah saya menunggang jentera baharu ini dengan cara yang sangat baik. Sudah lama saya tidak merasai perasaan baik seperti ini bersama jentera Honda.
“Saya lebih suka terjatuh dalam perlumbaan seperti ini berbanding menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10. Saya menikmatinya, tetapi kami perlu terus berusaha untuk menambah baik jentera pada masa akan datang,” kata Marquez.
Pada perlumbaan tersebut, Marquez berlumba dengan menggunakan casis baharu iaitu Kalex dan menegaskan terdapat peningkatan yang baik. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... agal-tamatkan-aksi/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|