CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 244|Reply: 0

Marquez dapat 'lampu hijau' di GP Perancis

[Copy link]
Post time 11-5-2023 04:33 PM | Show all posts |Read mode

Marquez bakal membuat kemunculan di GP Perancis, hujung minggu ini. Foto: AFP

Motorcycling-Honda say Marquez fit for French Grand Prix

PARIS: Pelumba Honda, Marc Marquez akan kembali di Grand Prix (GP) Perancis hujung minggu ini selepas kecederaan tangannya pulih sepenuhnya, kata Honda Team.

Marquez menjalani pembedahan selepas patah tangan kanan berikutan insiden yang berlaku ketika pusingan pembuka tirai musim 2023 di Portugal.

Kecederaan itu menyaksikan Marquez tidak menyertai perlumbaan di Argenina, Texas dan Sepanyol.


Honda berkata, juara enam kali kelas premier itu diberi 'lampu hijau' selepas perbincangan bersama tiga pasukan perubatan berbeza yang berpuashati dengan proses penyembuhan tulangnya.

"Saya sangat gembira dapat kembali bersama Repsol Honda Team, dapat kembali menunggang jentera semula... sudah tentu, sebagai pelumba kamu mahu kembali beraksi secepat mungkin, tetapi dengan kecederaan seperti ini, ia adalah penting untuk pemulihan," kata Marquez.

"Sekarang ini, saya di sini dan begitu fokus untuk menunggang jentera, saya tidak bimbang dengan kecederaan ini sejak ia sudah pulih sepenuhnya."

Pelumba dari Sepanyol itu hanya meraih tujuh mata musim ini selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dalam perlumbaan 'sprint' di Portugal. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... ijau-di-gp-perancis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.055569 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list