View: 6493|Reply: 24
|
Lelaki Kejam Pukul Dan Bakar Anjing Hidup-Hidup Berhampiran Klinik Haiwan
[Copy link]
|
|
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai mengenai seorang lelaki tidak berhati perut memukul dan membakar seekor anjing hidup-hidup.
BH Online melaporkan, kejadian dipercayai berlaku di Taman Impian Emas, Skudai di sini, Isnin lalu.
Tiga video yang juga rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian yang memaparkan kejadian itu tular di media sosial sejak semalam dan mengundang rasa marah pengguna media sosial yang menontonnya.
Menerusi rakaman CCTV dalam video berkenaan, kelihatan seorang lelaki yang datang ke lokasi kejadian pada tiga hari berbeza.
Pada video pertama, lelaki itu tiba di lokasi dengan menaiki basikal kira-kira jam 11.02 malam, 8 Mac lalu sebelum bertindak membaling sesuatu dipercayai pasu atau baldi kecil ke arah anjing terbabit.
Manakala, pada video kedua iaitu jam 12.11 tengah malam, 14 Mac lalu, lelaki terbabit datang dengan menaiki basikal dan dilihat membaling sesuatu dipercayai batu ke arah haiwan berkenaan.
Kira-kira jam 1.49 pagi, Isnin lalu, dalam video ketiga, lelaki kejam itu sekali lagi datang ke lokasi kejadian dan memukul anjing itu dipercayai menggunakan kayu sebelum bertindak membakarnya.
Turut kelihatan anjing itu yang sudah terbakar di bahagian punggungnya lari meninggalkan lokasi kejadian.
Mengulas mengenai kejadian itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, pihaknya menyerahkan siasatan berhubung kejadian berkenaan kepada Jabatan Veterinar Negeri Johor.
"Saya mengesahkan ada menerima laporan polis pada jam 2.59 petang, Isnin lalu, yang dibuat oleh orang awam berkaitan kejadian seekor anjing dipukul dan dibakar hidup-hidup.
"erbuatan berkenaan disyaki dilakukan oleh seorang lelaki yang dipercayai warga tempatan dan rakaman video berkenaan kejadian itu tular di media sosial.
"Kejadian dipercayai berlaku berhampiran sebuah klinik haiwan di sekitar Taman Impian Emas, Skudai di sini dan tujuan pengadu membuat laporan polis adalah untuk merujuk kes kepada Jabatan Veterinar bagi menjalankan siasatan terhadap penyeksaan haiwan itu," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, Jabatan Veterinar Negeri Johor menjalankan siasatan ke atas kes itu mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 29(1) akta yang sama.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
tak sanggup nk tgk video.
ada tak yg cari n jumpa anjing tu?
tolong bwk ke klinik.? |
|
|
|
|
|
|
|
semoga kena kifarah mcm si anat pembaling mercun
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
the fish.. sick sgt ke sampai sanggup ko bakar haiwan tu hidup2..
moga balasan berganda2 mcm yg biar kucing mati kebulur tu. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu masa iols kecik2 . ada budak buat mcm ni kt kucing. mula2 igtkn belakang badan kene lumpur (bulu bertukarnwarna mcm lumpur3 kehitaman + melekap kt badan)
rupa2 org kata . belakang badan dia kene bakar kesian weh. last2 mati kucing tu, terbaring dr lepas kene bakar smpi ke akhir hayat dia |
|
|
|
|
|
|
|
hati kering manusia mcm ni...bagus kerja dgn along |
|
|
|
|
|
|
|
Kejamnya manusia. Kalau jenis takde belas pada haiwan, apatah lagi pada manusia. Lain dengan orang takut haiwan, dan juga orang yang kejam dengan haiwan. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa le sakit hati sgt kat anjing tu sampai kene bakor mcm tu.. wpon meolss benci kat anjing tapi nak bakar tu idak ler |
|
|
|
|
|
|
|
Satu lg orang gila. Moga polis tangkap dan bakar gak bontot dia |
|
|
|
|
|
|
|
Api apa yg bergerak tu laju
Tuju tuju |
|
|
|
|
|
|
|
Normal je klu ada depopulation manusia
Mestilah ada depopulation haiwan |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun tak tgk.. babi betullaa.. aku ni bab kucing dgn anjing very sensitif |
|
|
|
|
|
|
|
moga pacik ni dizalimi semasa tuer dan bila dah mati esok oleh api nurake
yihhh |
|
|
|
|
|
|
|
Kejamnya perbuatan moga segera dicekop pihak berkuasa |
|
|
|
|
|
|
|
semoga pelaku mampus hangus terbakar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga ko mampos digelek steamroll |
|
|
|
|
|
|
|
Rata2 manusia yg buruk perangai dgn binatang ni mesti buruk perangai dgn manusia. Pembunuh binatang ni selalunya upgrade bunuh org pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga manusia keji tu dapat balasan setimpal! |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dia dapat betul2 ditimpa bala dan merasa derita anjing tu, sampai ke akhir hayat dihina makhluk Allah yg lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
|