CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5379|Reply: 43

Beli Rangka Ayam Di Bazar- Daging Dah Biru Hitam, Bau Busuk Sampai Loya Tekak

[Copy link]
Post time 27-3-2023 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Hasrat seorang anak untuk menikmati rangka ayam pada bulan Ramadan terbantut apabila makanan yang diidamkan berbau busuk hingga meloyakan tekak!


Kata ibunya, anaknya sanggup meredah hujan bagi mendapatkan rangka ayam yang dihajati untuk juadah berbuka puasa.


"Cerita petang semalam. Anak berhujan pergi beli rangka ayam, teringin sangat katanya nak berbuka puasa dengan rangka ayam.


"Masa berbuka nak makan, tengok ayam hitam. Apabila koyak ayam tu, daging biru hitam dan berbau busuk sangat. Allahuakbar, tak tahu dah berapa hari agaknya," tulisnya menerusi satu hantaran di media sosial yang tular.




Foto: Media sosial




Dakwanya, rangka ayam busuk itu dibeli dari sebuah gerai di bazar ramadan di Kuala Lumpur.


Menyuarakan kekesalan, ibu berkenaan sedih mengenangkan keadaan anaknya yang tidak berpeluang untuk merasai makanan yang diingini.


Dia berharap agar peniaga mengambil serius dalam mencari rezeki di bazar Ramadan dengan menjaga kualiti makanan yang dijual kepada pelanggan.


"Tolonglah peniaga, jangan buat macam ni. Sedih sangat bila terkena macam ni. Kasihan tengok anak terkebil-kebil masa berbuka depan rangka ayam busuk tu.


"Rasanya kalau kena kat sesiapa pun mesti rasa kecewa macam kami juga. Demi Allah, bukan nak rosakkan periuk nasi atau nak malukan sesiapa. Tapi tolonglah, jangan buat macam ni lagi.


"Kalau benda tu dah basi, buang la. Jangan aniaya orang demi duit. Kasihan anak-anak.


"Rasanya kalau orang tua, dia akan tengok juga fizikal makanan, tapi kalau budak terus bayar je," kata wanita itu lagi.


Menerusi ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang kemarahan dan rasa kecewa terhadap peniaga yang menganiaya pelanggan di bazar Ramadan.


Malah, ada yang mendakwa terdapat segelintir peniaga menggoreng semula baki rangka ayam termasuk makanan lain yang tidak habis dijual bagi mengelakkan kerugian.


"Tak nak rugi, dia goreng balik ayam tu. Ramai buat macam tu.


"Busuk hati betul peniaga kalau jual makanan tak elok. Orang bayar untuk makanan. Kalau dah tahu pelanggan tak berapa ramai, masak je la sikit-sikit untuk setiap jenis.


"Bawa rangka ayam tu suruh peniaga tu makan, tengok apa reaksi dia. Biar dia malu nanti, tak ada lah dia buat hal lagi. Annoying betul peniaga macam ni.


"Allahu apa ni peniaga jual macam ni tak ikhlas. Nak berniaga biarlah ikhlas baru murah rezeki. Kasihan orang nak makan," demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2023 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
semalam pergi bazar, lalu gerai jual rangka dengan ayam kecik2 rm1.50 tu memang bau busuk tak fresh

niaya la sapa beli
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 27-3-2023 11:39 AM
semalam pergi bazar, lalu gerai jual rangka dengan ayam kecik2 rm1.50 tu memang bau busuk tak fresh
...

Teruk sgt dah sampai yg busuk rosak pun dijual.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 11:44 AM | Show all posts
Jahtanya aniaya pelanggan camtu.. ni mesti gorengbyk kali ni - ujarku mengagak
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols kesian pada budak tu...kecewa nak berbuka tiba2 ayam dah busuk..
Harap2 peniaga TU payun dia.kena ribut habis semua jualan dia musnah
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 11:51 AM | Show all posts
nasib baik ulat tak ada..kalau ada sure ada video tiktok viral
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2023 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 27-3-2023 11:44 AM
Teruk sgt dah sampai yg busuk rosak pun dijual.

gerai tu mmg dari dulu lagi iols aim sebab pernah terkena tp sampai skrg duk niaga elok lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 12:14 PM | Show all posts
dia cuma jual rangka, daging busuk tu free.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2023 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols masih bertahan setakat ni belum pegi "Bazir Ramadan"
Seriau tgk mcm2 video /gambar makanan hampeh
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by limesherbet at 27-3-2023 10:25 PM

chicken carcass ke rangka ayam ni?? i slalu beli mentah utk buat broth...slow cook 1 night..minum rebusan ni utk immune system..jarang jatuh sakit. xtau yg org buat grg utk menjamu selera
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah berbunyik dah dek. Karipap basi lah, tepung pelita berlendir lah.. harga yahudi timor la bagai..Apa kata masak sendiri.. bukannye french cuisine kene amek intensive course 3 bulan bagai pun..setakat ayam gini dek .. lol
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 12:40 PM | Show all posts
Pernah kena beli kat pasar malam. Terliur tgk, maka beli satu. skali bila nak makan tengok haduh..tak dak rezqi.Lepas dari tu mmg tak beli dh..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 12:43 PM | Show all posts
sedap ratah2 rangka ayam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 12:46 PM | Show all posts
tak heran lah kalau org2 mcm ni hidup mereka sentiasa susah tersepit.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 12:50 PM | Show all posts
Dek suruh je la mak hang beli seekor ayam kat lotus tu lepas tu buat sendiri kat rumah.  Yg daging2 ayam tu suruh mak buat soto ke mee sup ke etc.  Makan la sampai lebam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 01:05 PM | Show all posts
Tak lalu dah nak merempuh/berasak kat param ni.
Booth kau sedap la cemanapun tetapi... kalau beratur panjang seolah esok tiada makanan, sorry takkan singgah.


Baik singgah Mesra, sauk roti dan air botol, berbuka sekadar alas perut.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2023 01:12 PM | Show all posts
kt sblh ni yg cari ltk kt fb ea

cth kompilasi findings di bazar ramadan thn ni

Karipap angin
AYam bulu
Murtabak hangus
Apa lgi kat bazar?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 01:13 PM | Show all posts
dedulu me fans pada ayam seketul singgit. lepas tengok macamana sebelum goreng tu, me dah rasa nak muntah. muiz chicken pe ntah tu pun, sekali je me beli. bukan nak tutup periuk dia tp just nak cakap, ayam dia keras n liat lepas sejam tapau..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 27-3-2023 12:03 PM
gerai tu mmg dari dulu lagi iols aim sebab pernah terkena tp sampai skrg duk niaga elok lagi

Mcm pelik la pulak sb still survive wpun jual mcm tu. Chuols nmpk tak org beli kt situ? Ke chuols yg terbuka hijab?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 01:27 PM | Show all posts
beli la rangka mentah kat paso...
3-4 rangka dalam 10-12 henggit....
balik goreng la sendiri....pakai tepung 3 in 1 tu.....
pueh hati makan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.438949 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list