CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3776|Reply: 41

Berbuka Puasa Di Hotel Setahun Sekali Je, Bufet Ramadan Masih Berpatutan Walau Naik Harga

[Copy link]
Post time 23-3-2023 04:12 PM | Show all posts |Read mode
Harga hidangan bufet berbuka puasa di kebanyakan hotel di Negeri Sembilan masih berpatutan walaupun berlaku peningkatan 10 peratus.


Pengerusi Persatuan Hotel-hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan, Haziz Hassan berkata, harga bufet yang ditawarkan kebanyakannya antara RM45 sehingga RM65.




Gambar hiasan - Glam Lelaki




"Kenaikan harga barang mentah menyebabkan pengusaha hotel terpaksa naikkan harga bufet.


"Tapi saya rasa ia masih berpatutan kerana kalau kita naik terlalu tinggi pun, orang tak mahu datang berbuka di hotel," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.


Menurutnya, dengan harga ditawarkan, beliau menjangkakan sambutan berbuka puasa di hotel melalui bufet Ramadan tidak akan terjejas.


Ini kerana katanya, ia hanya berlaku setahun sekali dan kebanyakan yang membuat tempahan berbuka di hotel adalah pihak syarikat, agensi atau pertubuhan yang berhasrat meraikan pekerja atau ahli mereka.


Haziz turut menyangkal persepsi sesetengah individu yang beranggapan berbuka puasa di hotel dengan harga bufet ditawarkan adalah satu pembaziran.


"Ini bukan pembaziran, tapi penghargaan kerana Ramadan itu hanya setahun sekali. Ia pilihan kepada mereka yang mampu.


"Tapi saya nak nasihatkan juga walaupun anda bayar untuk nikmati tanpa had semua hidangan disediakan tetapi janganlah membazir mengambil makanan dalam kuantiti banyak tetapi tidak dihabiskan," katanya.


Dalam pada itu beliau turut menggalakkan hotel-hotel di Negeri Sembilan menawarkan Menu Rahmah Ramadan.


Ujarnya, buat masa ini hanya Hotel Dwarf di Port Dickson saja yang menyediakan menu tersebut iaitu satu set nasi berharga RM5.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 04:14 PM | Show all posts
hotel dwarf???

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 04:28 PM | Show all posts
Utk midget barangkali
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 04:32 PM | Show all posts
mana datang hotel kat n.9 buffet rm45... hahahha kat dewan pun rm65 dah
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 04:44 PM | Show all posts
banyak sektor2 pelancongan yg mati sewaktu covid, hotel, airlines, night club, etc...mereka nak hidup balik so depa naikkan harga produk dan service...

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 04:48 PM | Show all posts
mana ada setahun sekali. setahun 30 hari berpuasa, buka puasa pun 30 kali le. jadi la 30 kali setahun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2023 05:04 PM | Show all posts
kalau RM45 aku sorg baik aku beli makan kat luar
dpt ayamas air tealive siap kuih mcm2 mungkin bole dpt jajan2 dari famima or mynews
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 suka lah buffet.. Skang ni, tak lalu nak makan byk2 pastu tersadai macam beruang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 05:13 PM | Show all posts
tetap aku tak mampu nak p
lagi pun makan tak banyak
nk terkejar2 maghrib
dgn tempat solat kecik
habis solat dah kenyang air segelas
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 05:26 PM | Show all posts
D'Wharf la apa punya reporter macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Terasa ahim korang sebut dwarf2 nih

Dialah paling semangat bukak puasa kat hotel
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpelaa saya tak mkn byk bln puasa
Time raya je baru mkn byk
Rugi bln puasa mkn byk2 kerna hasilnya akan kelihatan di pg raya
Pastu jgn salahkan org yg amik gambar yaa
Salah angle laa salah warna baju laa
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 06:14 PM | Show all posts
Apa kata kalau hotel yg anjurkan iftar puasa dgn sekian2 harga, sediakanlah juga satu ruang untuk solat maghrib dn tarawikh. Pelanggan yg datang boleh solat maghrib dn tarawikh di hotel trs. Lepas tu boleh makan lagi dn lagi.  Jemputlah seorang imam dg honor paling minimum + buffet free. Imam pun jglah berkira sangat sambil mengutip lebih pahala. Setuju tak wahai pengurus2 hotel?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah murah, mesti tak sedap... berbondong beratur plak tu....

Baik le gi makan kedai cam biasa je
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 23-3-2023 06:14 PM
Apa kata kalau hotel yg anjurkan iftar puasa dgn sekian2 harga, sediakanlah juga satu ruang untuk so ...

Dah banyak hotel buat camni.. kl convex biasa mmg ada kaka....

Mula2 makan kurma kuih muih... pehtu gi solat maghrib kat dewan sebelah... pehtu sambung berbuka plak.. then isya/terawih... then sambung moreh... that rm200 cover makan sampai moreh
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 06:22 PM | Show all posts
green~tea replied at 23-3-2023 06:18 PM
Dah banyak hotel buat camni.. kl convex biasa mmg ada kaka....

Mula2 makan kurma kuih muih... pe ...

Ooooo ye ke?  Ingatkan pelanggan hanya datang makan ttpi kemudian bergegas balek untuk pegi tarawikh kat masjid. Maklum, saya tak pernah iftar kat hotel....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 23-3-2023 06:22 PM
Ooooo ye ke?  Ingatkan pelanggan hanya datang makan ttpi kemudian bergegas balek untuk pegi tarawi ...

Ha ah.. biasa camtu lah.. and pihak hotel mmg bawak geng2 tahfiz utk buka puasa and imam terawih...  hotel mmg sponsor 1-2 meja setiap hari geng tahfiz..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 06:29 PM | Show all posts
green~tea replied at 23-3-2023 06:24 PM
Ha ah.. biasa camtu lah.. and pihak hotel mmg bawak geng2 tahfiz utk buka puasa and imam terawih.. ...

Alhamdulillah.... berbaloi jugalah cam tu dg harga yg dikenakan. Cuma bagi kita yg taraf marhaen dn anak2 ramai, tak mampu rasanya nak iftar di hotel. Namun syukur tetap syukur kerana limpahan rezeki, banyak-sedikit tetap ada.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 23-3-2023 04:28 PM
Utk midget barangkali

Berdekah aku gelak
Abih utk org yg tinggi lampai cemana?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingeramadhan at 23-3-2023 06:44 PM
nolya replied at 23-3-2023 06:22 PM
Ooooo ye ke?  Ingatkan pelanggan hanya datang makan ttpi kemudian bergegas balek untuk pegi tarawi ...


Jika waktu pandemik boleh sahaja kita duduk dirumah berjemaah bersama keluarga terawihnyer...sang suami yg dianjurkheun utk ke masjid tika iteww dapat merasakheun ibadah terawih iteww non lesser bila dikerjakheun berjemaah dgn ahli keluarga sendiri....dan jika waktu seperti skg dimana kesemua masjid sudah mula dibuka semula utk diimarahkheun tanpa kekangan....mustahil kalau sehari dua ..kerana kita nak bersama dgn ahli keluarga bonding disuasana yg jarang diperolehi waktu iftar dihotel....tetiber seolah jadi satu dosa besar pula...sedangkheun terawih iteww boleh sahaja dilaksanakheun bila sampai dirumah berjemaah dgn keluarga....isteri dapat berterawih dgn sang suami imamnya ...

Kenapa musti melihat agama iteww dari sudut yg sempit?

Wallahhuaklam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.059421 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list