View: 401|Reply: 0
|
Adam pamer aksi konsisten di Mandalika
[Copy link]
|
|
Aksi pelumba PETRONAS MIE MS Racing HONDA Team, Adam Norrodin pada perlumbaan Kejuaraan Superbike Dunia di Litar Mandalika, Indonesia. - Foto ihsan FB Mie Racing Japan.
KUALA LUMPUR: Adam Norrodin mempamerkan aksi yang konsisten dalam dua pusingan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Litar Mandalika, Indonesia, meskipun ia adalah musim pertamanya pada kejuaran berprestij ini.
Pada Perlumbaan 2 kelas WorldSSP hari ini, pelumba pasukan PETRONAS MIE MS Racing HONDA Team itu menamatkan saingan dengan berada di tempat ke-13 daripada 21 pelumba.
Adam ketinggalan 53.175 saat (s) dibelakang pemenang dari pasukan Althea Racing Team, Federico Caricasulo yang melengkapkan 18 pusingan perlumbaan dengan catatan 28'51.984s.
Menaiki podium di tempat kedua adalah Stefano Manzi (Ten Kate Racing Yamaha) manakala Nicolo Bulega (Aruba Racing WorldSSP Team), di tempat ketiga.
Selepas tamat saingan di Mandalika, Adam kini menduduki tangga ke-17 keseluruhan dengan sembilan mata selepas meraih lima pada aksi pembuka tirai di Litar Phillip Island, Australia, minggu lalu.
Pada Perlumbaan 1 yang dimenangi Can Oncu dari pasukan Kawasaki Puccetti Racing semalam, Adam menamatkan saingan di tempat ke-15 untuk meraih satu mata berharga.
"Alhamdulillah pada Pusingan 2 ini, kedua-dua perlumbaan dapat meraih mata. Semalam di tempat ke-15 dan hari ini ke-13. Syukur kerana kita dapat terus menunjukkan peningkatan pada setiap perlumbaan dan sudah tentunya, kita mengharapkan yang lagi baik di pusingan di Eropah selepas ini," kata Adam.
Saingan Pusingan 3 dijadual berlangsung di Litar TT Assen, Belanda dari 21 hingga 23 April ini sebelum beralih ke Litar Catalunya, Sepanyol, 5 hingga 7 Mei.
Dalam pada itu, Hafizh Syahrin Abdullah yang beraksi dalam kelas perdana WorldSBK bersama pasukan PETRONAS MIE Racing HONDA Team, menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 untuk membawa satu mata berharga dari Indonesia.
https://www.bharian.com.my/sukan ... sisten-di-mandalika |
|
|
|
|
|
|
| |
|