CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1119|Reply: 10

Beyoncé Umum Senarai Negara Untuk Konsert Jelajah Dunia, Mana Malaysia?

[Copy link]
Post time 2-2-2023 02:25 PM | Show all posts |Read mode
Beyoncé Umum Senarai Negara Untuk Konsert Jelajah Dunia, Mana Malaysia?


Beyoncé baru sahaja mengumumkan jelajah dunia pertamanya selepas hampir tujuh tahun, tetapi hanya beberapa negara sahaja yang bertuah untuk menemui idola mereka ini.

Sebentar tadi, artis itu mengeluarkan senarai tarikh yang merangkumi pelbagai tempat di sekitar Eropah dan Amerika Utara. Bertajuk Jelajah Dunia Renaissance, siri pertunjukan itu akan bermula di Stockholm pada 10 Mei dan diteruskan di sekitar benua itu sehingga akhir Jun

  


Selepas berehat sebentar, lawatan itu akan disambung semula di Toronto, Kanada pada 8 Julai sebelum Beyoncé membuat persembahan terakhirnya di New Orleans, Louisiana pada 27 September.

Malangnya bagi kita, Malaysia, mahupun negara Asia lain tidak termasuk dalam senarai pada masa ini.



Semak senarai penuh lokasi di bawah:







Selepas pengumuman itu, ramai peminat kecewa kerana Malaysia serta negara-negara Asia yang lain dikecualikan daripada jelajah dunianya.








Beyoncé pernah kena ‘banned’ buat persembahan Malaysia sejak 2007


Mungkin ada yang masih ingat bagaimana Beyoncé sepatutnya membuat penampilan di Malaysia semasa Jelajah Dunia The Beyoncé Experience 2007. Dan kemudian pertunjukan itu dipindahkan ke Jakarta, Indonesia, sebaliknya.

Dalam laporan Reuters pada tahun 2007, ejennya menyebut ‘konflik penjadualan’ sebagai sebab utama untuk membatalkan tarikh persembahannya, yang sepatutnya pada 1 November 2007. Bagaimanapun, sumber secara tidak rasmi mengatakan bahawa artis itu tidak berpuas hati dengan kemungkinan  ada bantahan dari rakyat Malaysia yang  kebanyakkannya orang Islam.

Walaubagaimanapun, anda masih ada peluang lagi untuk  menghadiri konsert Beyoncé tapi kena keluarkan wang yang lebih untuk tiket penerbangan ke luar negara.


Sumber:https://murai.my/2023/168193/bey ... unia-mana-malaysia/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 02:58 PM | Show all posts
kalau pakai cawat naik kuda macam tu, memang tak lepas la acik beyonce nak perform kat Malaysia dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 03:56 PM | Show all posts
mengkal iya ketet sheols. Kalah ketet tin E tiberr
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
World tour tapi cover belah Europe and North America ajer. Pejadah nya world? Lol
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 04:53 PM | Show all posts
Die pun dh kne banned pn utk perform kt Malaysia..
utk dtg as tourist je blh..
gile nk sruh kak b pakai tutup2..
lambett lg la die nk follow..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 12:25 PM | Show all posts
pinggan replied at 2-2-2023 04:34 PM
World tour tapi cover belah Europe and North America ajer. Pejadah nya world? Lol

Selalunya World Tour ni akan di announce by stages, ikut benua. Paling standard America and Europe dulu, pastu baru la Latin America, Africa, Asia countries bagai.

Kalau dia buat kt Asia, sah sah la no Malaysia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2023 12:54 PM | Show all posts
kalau dia mmg tak buat kat asia..apa yg malaysian gelabah teksss pulaks
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 12:54 PM | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 2-2-2023 04:53 PM
Die pun dh kne banned pn utk perform kt Malaysia..
utk dtg as tourist je blh..
gile nk sruh kak b pa ...

baru2 ni dia buat konsert kat dubai....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 02:41 PM | Show all posts
alesandra replied at 3-2-2023 12:54 PM
baru2 ni dia buat konsert kat dubai....

Dubai tk letak kan syarat pakaian yg ketat kot cm Malaysia..

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmglaa...dah pernah kena banned...xde nya dia sior nak buat kat tmpt tu dah lagi mau pura2 tanya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 01:58 AM | Show all posts
Aku je ke yang rasa beliau sedikit overated? Sorry fans beliau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 1.511381 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list