|
ARYNA diraikan sebagai juara Terbuka Australia. FOTO EPA
Melbourne: Juara baharu Terbuka Australia, Aryna Sabalenka tidak dapat tidur lena selepas melakar kemenangan berharga dan dia juga tidak dapat membayangkan apa yang berlaku pada awal pagi selepas itu.
"Saya masih berasa seperti berada di planet lain cuba memahami apa yang berlaku," katanya Aryna.
Cantik dengan gaun merah jambu, memakai kasut tumit tinggi berbanding pakaian biasa ketika bermain tenis, Aryna menaiki bot dan mengelilingi tasik dengan Piala Memorial Daphne Akhurst tergenggam erat di tangan.
Pemain Belarus itu, akan menjadi pemain nombor dua dunia Isnin ini menunjukkan sisi personaliti yang berbeza, penuh bergaya bergambar hadapan kamera.
"Saya suka bergambar. Lebih-lebih lagi apabila anda seorang juara," dia ketawa kecil, apabila ditanya sama ada dia menikmati majlis meraikan pemenang utama.
"Saya rasa ia adalah pagi yang terbaik dalam hidup saya. Ia sangat indah."
Terdahulu Aryana merebahkan dirinya di atas gelanggang sambil menangis selepas menang 4-6, 6-3, 6-4 menentang lawannya yang juga juara Wimbledon Elena Rybakina selepas bertarung selama 2 jam 28 minit di Rod Laver Arena.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ng-indah-buat-aryna |
|