CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1452|Reply: 9

Heboh Kylie Jenner Pakai Gaun Kepala Singa Di Minggu Fesyen Paris

[Copy link]
Post time 25-1-2023 10:25 PM | Show all posts |Read mode
Media sosial kecoh selepas jenama fesyen mewah terkenal Schiaparelli memperkenalkan rekaan terbaharu mereka sempena Minggu Fesyen Paris pada Isnin.


Menerusi pertunjukan fesyen itu, model terkenal seperti Irina Shayk, Naomi Campbell dan Shalom Harlow dilihat menggayakan busana yang dihiasi kepala singa, serigala dan harimau.


Turut mencuri tumpuan tentunya Kylie Jenner yang menggayakan busana kepala singa ketika duduk di barisan hadapan pertunjukan berkenaan.


Foto dan video sekitar pertunjukan fesyen itu menjadi sensasi internet sehingga mencetuskan perdebatan mengenai topik kekejaman terhadap haiwan.




Koleksi terbaharu Schiaparelli cetus kekecohan media sosial.




"Tiada seekor haiwan pun yang dicederakan dalam penghasilan busana ini," tulis jenama itu menerusi posting terbaharu di Instagram.


Menurut pengarah kreatif Schiaparelli, Daniel Roseberry, haiwan-haiwan dalam busana itu merupakan simbolik kepada elemen nafsu, kebanggaan, dan ketamakan yang diambil daripada kisah Dante's Inferno pada abad ke-14.


Dalam catatan Instagram pula, Roseberry berkongsi niat di sebalik makna rekaan itu, menulis bahawa setiap haiwan "meraikan kemuliaan alam semula jadi dan menjaga wanita yang memakainya."


Walaupun ia hanyalah haiwan palsu, ramai yang melihat reka bentuk tersebut sebagai amalan tidak beretika.




Proses penghasilan busana kontroversi itu.




Malah, amalan itu sudah lama dianggap sebagai hobi "elitis" yang sanggup membayar pemburu untuk membunuh haiwan, lapor Fashion Magazine.


Untuk rekod, koleksi Schiaparelli bukanlah contoh pertama yang mana rupa haiwan digunakan dalam fesyen, dan ia mungkin bukan yang terakhir.


Namun, ada yang berpendapat bahawa Roseberry mempersembahkan alternatif yang lebih mampan kepada penggunaan imej haiwan dengan menggunakan rekaan palsu sintetik dan bukannya bangkai sebenar.




PETA turut memuji rekaan berkenaan yang tidak menggunakan haiwan sebenar.




Dalam pada itu, ramai membayangkan Persatuan Hak Asasi Haiwan (PETA) akan mengecam teruk rekaan berkenaan, namun presidennya Ingrid Newkirk berpendapat sebaliknya.


"enampilan Kylie meraikan keindahan singa dan mungkin merupakan kenyataan menentang pemburuan trofi, yang mana keluarga singa sering diburu untuk memuaskan keegoan manusia.




  



"Kepala haiwan tiga dimensi (3D) yang sangat inovatif ini menunjukkan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan," ujarnya kepada TMZ.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2023 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
more to costume(ーー゛)
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam terseksa je tengok muka kylie pakai benda tu.. iols yg temgok pom rimas gigih nak lain dr lain ek
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Unik ngat. Lain dari lain
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Seremmmm. Buatnya tetiba kepala tu toleh tgk ngko?
Haaaa, time tu PETA kemana, Hak Asasi Hewan kemana
Harus dikapak je kepala singa tu walaupun fake
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi cantik chuols
Unik
Tanpa perlu banyak kaler
Cukup baju hitam dan kepala Singa dah menyerlah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2023 01:01 PM | Show all posts
Apa keperluan letak kepala kat baju? org dulu letak tu, simbol kuasa, dpt buru singa, buru rimo, buru rimo bintang. dah kalau kata bukan ori tapi sintetik, apa tujuan letak kat dress ? irrelevant
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2023 02:59 PM | Show all posts
Singgah jap kumpul point
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2023 03:29 PM | Show all posts
pelik2 sungguh... dek nk keunikan
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2023 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Buruk...tak hingin iols nak beli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.051324 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list