View: 6965|Reply: 40
|
[DRAMA MELAYU]
BUKAN SYURGA PILIHAN, Pukul 6 petang, Isnin - Jumaat
[Copy link]
|
|
Edited by eddlisa_uyuk at 19-1-2023 09:16 AM
Episod: 40
Tarikh Tayangan: September 2022
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 6:00 petang
Rangkaian: Astro Prima slot Tiara
Pengarah: Ungku Ismail Aziz
Produksi: MIG Productions Sdn Bhd
Pelakon: Ungku Ismail Aziz, Nadiya Nisaa, Fezrul Khan, Azizah Mahzan, Aishah Ilias , Neera Azizi, Ady Mohammad, Nasz Sally, Natasha Charmaine, Zarina Zainoordin, Fikhree Bakar, Ferth Jasni, Jo Lin, Mardiana Alwi, Fathil Dani
Pelakon
Ungku Ismail Aziz - Megat Ariff
Nadiya Nisaa - Tihani
Azizah Mahzan - Dato Ilya
Aisyah Iliyas - Sofeya
Fezrul Khan - Zaid
Ady Mohammad - Nizam
Syaff Azahan - Daniel
Zarina Zainoorin - Lidya
Sinopsis
Tihani Zahira, seorang wanita yang menjadi mangsa kekejaman rumah tangga dan telah diceraikan talak tiga oleh bekas suaminya, Zaid. Setelah itu, Zaid merayu mahu wanita itu kembali kepadanya dengan cara berkahwin dengan lelaki lain. Tetapi percaturan Zaid silap apabila Tihani Zahira berkahwin dengan lelaki yang sudah lama menyimpan perasaan pada wanita itu.
Megat Ariff, seorang usahawan muda yang memendam perasaannya pada Tihani Zahira. Akhirnya, berjaya mengahwini wanita itu setelah Tihani diceraikan suaminya. Namun, perkahwinan mereka dibuat secara rahsia tanpa pengetahuan Bonda Megat Ariff, Toh Puan Ulya yang sangat mementingkan darjat dalam keturunannya. Toh Puan Ulya yang tidak mahu wanita biasa-biasa menjadi menantu, membuatkan Megat Ariff terpaksa menyorokkan perkahwinannya dengan Tihani Zahira.
Toh Puan Ulya mengatur strategi untuk memisahkan Megat Ariff dan Tihani Zahira. Segalanya rancangannya berjaya apabila Megat Ariff percaya dengan fitnah yang dibuat oleh bekas suami Tihani dan wanita itu dihalau dari rumah milik Megat Ariff sewaktu dia sarat mengandungkan anak pertama mereka.
Kehidupan Tihani berubah seratus peratus selepas dihalau. Sehingga dia menjadi gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur. Tiada tempat bergantung hidup. Dan... Megat Ariff sendiri yang menghancurkan hidup Tihani.
Sepanjang tempoh menjadi gelandangan, Tihani terpaksa merempat di merata tempat sehingga dia melahirkan anak sulungnya tanpa suami di sisi. Melahirkan seorang anak istimewa tanpa sokongan sesiapa bukanlah sesuatu yang mudah. Setelah apa yang dia lalui, Tihani nekad mahu meneruskan hidupnya walaupun dia di gantung tak bertali.
Setelah kebenaran terbongkar, Megat Ariff kembali mencari Tihani dan mahu wanita itu kembali kepadanya. Namun, Tihani yang berubah keras menyukarkan Megat Ariff untuk memujuk wanita itu.
Sepanjang Megat Ariff memujuk Tihani, pelbagai peristiwa yang telah menimpa kehidupan mereka. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-1-2023 11:17 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Hari ni dah nak masuk episod yang ke 7 |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-1-2023 02:09 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
akuHavocczz replied at 10-1-2023 01:18 PM
best tak chuols?
So far best jugak
Si fezrul khan bawak watak ex husband gila talak
Tak nak lepaskan ex wife |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm Cina Buta, Ungku ni yg cari suami utk ex-bini jadi Cina Buta. Dlm cerita ni, dia pulak jadi Cina Buta. |
|
|
|
|
|
|
|
cite ni mmg best .. mesti tunggu sampai episod akhir
nk tau apa kesudahannya |
|
|
|
|
|
|
|
Kan.. Babak penting baru tgk..
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-1-2023 11:50 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Watak si zahid tu memang dah menyakitkan hati
Yang si bapak tihani ni pun sama jugak
Memang awal2 episod ni memang ramai watak menyakitkan hati je |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 minggu depan muncul le watak2 baru
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-1-2023 10:34 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
izamasha replied at 19-1-2023 04:04 PM
harap2 minggu depan muncul le watak2 baru
Kalau tengok montaj awal tu, macam banyak watak lain
Zarina AF pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita ni best tapi slow sangat. Dengan watak ayah dia dan Zahid dok ulang masalh yg sama |
|
|
|
|
|
|
|
bapak tihani tu geram je tengok perangai dia
dah tau zaid tu perangai tah pape
suruh jugak tihani terima zaid
memang tak sayang anak
tak kisah la sebab tanah ke apa
terus terang je la mesti megat ariff tu tolong
tapi tu la cerita kan harus lah berliku2 gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-2-2023 10:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sedih pulak episod malam ni |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kan ngape si jahat zaid tu cepat beno tamat riwayatnya ..
adakah bonda lag jahat dari dia .. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-2-2023 12:25 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by faiz-za at 8-2-2023 04:59 PM
Apa jadi kat ayah tihani lepas pergi umrah tu?
Rasa macam tak dengar lagi berita lepas tu
Ke dah bermastautin terus kat sana? |
|
|
|
|
|
|
|
faiz-za replied at 8-2-2023 04:25 AM
Apa jadi kat ayah tihani lepas pergi umrah tu?
Rasa macam tak dengar lagi berita lepas tu
Ke dah ber ...
pindah sana dah kot
lama benau |
|
|
|
|
|
|
|
izamasha replied at 2-2-2023 02:32 AM
tapi kan ngape si jahat zaid tu cepat beno tamat riwayatnya ..
adakah bonda lag jahat dari dia .. ...
berganda kejam bonda tu tengok gaya nya |
|
|
|
|
|
|
|
bapa tihani dah balik
episod jumaat ri tu
ingat kan dah mati watak tu
geram sungguh dengan bonda
kenapa nak benci tihani tu
sampai nak bunuh2
sebab x sama taraf nak bunuh orang ke
|
|
|
|
|
|
|
|
pelik bapa tihani ni berapa lama duk kat sana
sebab dah berbulan22 baru nak cari anaknya ..selama ni dia xcari ke tihani |
|
|
|
|
|
|
| |
|