Tular video personaliti media sosial yang dikenali sebagai Coki, memangku dan memeluk seorang gadis menyebabkan timbul rasa kurang senang dalam kalangan netizen sekali gus dihujani dengan pelbagai kecaman.
Pemilik nama sebenar, Muhammad Danish Daniel itu kemudian tampil menerusi sesi siaran langsung di Instagram menjelaskan perkara itu dan meminta maaf atas perbuatannya itu.
"Saya minta maaf atas kesalahan saya. Saya pun dah minta maaf pada pihak sana. Saya dah minta maaf pada keluarga saya juga dan semua yang terbabit dengan kes ini.
"Menggigil saya... Saya nak minta maaf kepada semua orang. Saya mengakui salah saya dan minta maaf sangat. Saya dengan Irdina pun tak ada apa-apa hubungan.
"Saya jumpa dia dekat kedai makan. Waktu itu kejadian berlaku di depan Menarau U," katanya.
Menerusi video yang tular di TikTok, Coki bersama wanita itu yang duduk di kerusi bahagian belakang dilihat cuba menutup muka dari dirakam.
Menjelaskan kejadian pada ketika itu, kata Coki, gadis itu hanya duduk beberapa saat sahaja di pahanya disebabkan situasi kelam kabut mencari tempat letak kereta.
"Kalau perasan, dalam video yang viral itu, dia duduk atas paha saya. Sebab apa, kami parking di tepi jalan, dekat Menaru U banyak kereta parking dan kami double park.
"Kami tunggu satu lagi kereta untuk ambil kami yang ramai. Bukan sebab saya berdua, ada perempuan dan lelaki. Keadaan jadi kelam kabut sebab kereta double park itu hon sebab marah.
"Jadi, semua masuk dalam kereta. Kalau perasan dalam video itu, ada kawan saya baju putih dah keluar kereta, waktu itu memang semua orang dah keluar kereta.
"Dia pun dah bangun dari paha saya. Hanya duduk dalam satu hingga empat saat saja. Serius tak lama... Sumpah, tolong la," katanya lagi.
Netizen turut mendakwa Coki turut mencium gadis itu namun personaliti media sosial itu menafikan perkara tersebut dan ia kelihatan seperti itu adalah disebabkan 'angle' kamera. -CARI
|