View: 806|Reply: 1
|
Lakukan siasatan terperinci - Watson
[Copy link]
|
|
WATSON tidak mahu menyalahkan sesiapa namun melihat kepada jumlah persatuan yang ‘hilang’ itu agak mengejutkan. FOTO OWEE AH CHUN.
Kuala Lumpur: Bekas pelari pecut negara Watson Nyambek mahu pihak berkaitan melakukan siasatan terperinci terhadap lebih seribu persatuan sukan di negara ini yang secara tiba-tiba hilang tanpa khabar berita.
Beliau berkata, tindakan persatuan terbabit yang tidak aktif atau lesap secara tiba-tiba akan menyebabkan atlet di bawah naungan mereka menerima tempias.
Hal ini kerana, aktiviti membabitkan pembangunan dan penganjuran berkaitan atlet berkenaan tidak dapat dijalankan sekali gus menimbulkan persoalan berkaitan dana atau sumber kewangan yang diterima persatuan terbabit kemungkinan disalah guna.
"Saya tidak mahu menyalahkan siapa pun berkaitan perkara ini namun jika melihat kepada jumlah persatuan yang 'hilang' itu agak mengejutkan.
"Seperti sedia maklum, melalui persatuan akan menerima dana kewangan daripada penaja atau kerajaan namun jika tiada sebarang aktiviti dilakukan mungkin akan timbul persoalan lain iaitu ke mana wang berkenaan disalurkan.
"Apa yang boleh saya katakan adalah pihak tertentu perlu melakukan siasatan terhadap persatuan yang 'hilang' ini dan jangan biarkan mereka terus menggunakan platform sukan untuk kepentingan diri," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.
Terdahulu, Arena Metro melaporkan bahawa timbul tanda tanya membabitkan 1,860 persatuan sukan di negara ini yang didapati 'hilang' tanpa khabar berita selepas didapati gagal menghantar laporan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) untuk tempoh tiga tahun berturut-turut kepada Pesuruhjaya Sukan (PJS).
Jumlah terbabit boleh dikatakan agak mengejutkan kerana semua persatuan itu tidak pernah menghantar laporan berkenaan yang dilihat cukup penting untuk mengetahui perkembangan terkini mereka terutama membabitkan aliran dana diterima daripada kerajaan negeri dan Majlis Sukan Negara (MSN).
Persatuan terbabit yang 'lesap' itu ditubuhkan di peringkat daerah, negeri termasuklah kebangsaan namun status kewujudan mereka tidak diketahui sehingga kini.
Perkara itu didedahkan PJS Ibrahim Mohd Yusof kepada Arena Metro yang menyatakan semua persatuan terbabit berisiko dikenakan tindakan dibubarkan dalam tempoh terdekat ini jika gagal memberikan sebarang maklum balas.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-terperinci-watson |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tindakan bubar ja ka?...senang bangat tu....up je nm2 dorang nie...kaki klepet duit mkn duit haram |
|
|
|
|
|
|
| |
|