CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 727|Reply: 0

Qabil Irfan curi tumpuan

[Copy link]
Post time 5-6-2022 01:44 PM | Show all posts |Read mode

Qabil (tengah) bersama Adi Putra (kiri) dan Sharf Muhriz (kanan) pada Kejuaraan MiniGP Malaysia di Sepang.

SEPANG: Pelumba cilik dari Terengganu, Qabil Irfan Azlan terus menunjukkan kemampuannya meskipun menaiki jentera lebih berkuasa 160cc di Siri Kejuaraan MiniGP Malaysia yang berlangsung di Litar Kart Antarabangsa Sepang, hari ini.

Tanpa kekok, Qabil yang juga juara Kejuaraan Junior SIC Ohvale musim lalu menguasai gabungan sesi latihan bebas bagi pusingan pembuka tirai musim baharu 2022 dengan melakukan catatan sepusingan terbaik 56.722 saat (s).

Qabil yang kini berusia 10 tahun melakukan catatan berkenaan pada sesi latihan keempat selepas bijak menggunakan tiga sesi sebelum itu sebagai pentas untuk dirinya menyesuaikan diri dengan jentera 160cc.

"Bagi saya, jentera 160cc lebih laju berbanding yang saya naiki sebelum ini 110cc," katanya yang juga juara keseluruhan bagi kelas SIC MiniGP 2020 sebelum kejuaraan itu dijenamakan semula kepada Kejuaraan Junior SIC Ohvale, tahun lalu.

Berada di tempat kedua adalah Adi Putra yang melakukan catatan terbaiknya 57.136s pada sesi keempat manakala Sharf Muhriz berada di kedudukan ketiga, 57.362s yang turut dilakukan pada sesi terakhir itu.

Untuk musim ini, seramai 15 pelumba bakal beraksi dalam Siri Kejuaraan MiniGP Malaysia manakala 11 pelumba cilik menyertai Kejuaraan Junior SIC Ohvale yang turut menyaksikan Fatihah Balqis menjadi satu-satunya pelumba wanita dalam saingan berkenaan.

Esok, kesemua pelumba bakal beraksi dalam dua perlumbaan bagi Pusingan 1 itu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -irfan-curi-tumpuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.054201 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list