CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1648|Reply: 1

[DUNIA] Millvina Dean, penumpang Titanic yang terselamat ?

[Copy link]
Post time 1-6-2022 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Hari ini 13 tahun yang lalu, Millvina Dean, penumpang Titanic yang terselamat terakhir, meninggal dunia.

Elizabeth Gladys Dean lahir pada 2 Februari 1912 di Branscombe, Devon, England. Ketika baru berusia 9 minggu, beliau bersama abangnya dibawa oleh ibu bapa mereka berhijrah ke Wichita, Kansas dengan harapan untuk membuka kedai tembakau di sana.

Asalnya mereka menempah tiket kapal lain, namun kerana mogok arang batu di UK, keluarga Dean ditawarkan untuk berlayar ke Amerika menaiki RMS Titanic sebagai penumpang kelas ke-3 & berlepas dari Southampton pada 10 April 1912.



Apabila Titanic menghentam aisberg pada malam 14 April & mengaram, mereka sekeluarga menaiki Bot Penyelamat 10 kecuali bapanya, yang kemudian terkorban bersama lebih 1,500 yang lain. Mereka diselamatkan oleh RMS Carpathia & tiba di New York pada 18 April.

Selepas 2 minggu di hospital, ibunya Etta membawa Millvina & abangnya pulang ke England menaiki RMS Adriatic. Mereka berdua kemudian membesar & bersekolah atas ihsan dana kebajikan khusus untuk keluarga mangsa tragedi Titanic yang terselamat.

Millvina mengetahui dirinya salah seorang penumpang Titanic apabila usianya 8 tahun. Apabila dewasa, beliau menjadi pelukis peta untuk kerajaan British ketika Perang Dunia II, kemudian bekerja dengan firma kejuruteraan di Southampton hingga bersara pada 1972.

Hanya setelah di usia 70-an barulah Millvina terbuka untuk terlibat dalam acara berkaitan Titanic, menyertai pelbagai persidangan, pameran, dokumentari, temu bual radio & televisyen. Beliau tidak pernah berkahwin & tidak mempunyai anak.

Apabila filem Titanic arahan James Cameron ditayangkan pada 1997, Millvina enggan menontonnya. Beliau menjadi penumpang Titanic terselamat terakhir yang hidup selepas Barbara West Dainton dari Truro, England meninggal dunia pada 16 Oktober 2007.

Akhirnya selepas kesihatannya merosot akibat sakit pinggul & pneumonia, Millvina menghembuskan nafas terakhir pada pagi 31 Mei 2009 di rumah jagaan di Ashurst, Hampshire, 97 tahun 7 bulan selepas Titanic memulakan pelayarannya.

*Gambar kecil: Millvina semasa bayi dipangku ibunya, Georgette (Etta) Eva Light.



Sumber: The Guardian, Biography


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2022 07:53 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.464836 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list