CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 708|Reply: 0

Schumacher selamat walaupun kereta terputus dua

[Copy link]
Post time 30-5-2022 03:28 PM | Show all posts |Read mode

PEMANDU pasukan Haas, Mick Schumacher (kiri) dibantu marsyal dan doktor meninggalkan keretanya yang terputus dua selepas kemalangan. FOTO EPA

Monaco: Kereta Formula Satu dipandu Mick Schumacher terputus dua apabila ia berpusing dan bertembung dengan penghadang jalan di litar yang basah di Grand Prix Monaco.

Sistem perlindungan dan keselamatan terhadap pemandu F1 pada era moden sekali lagi berkesan apabila di sebalik hentakan kuat pada dinding, Schumacher mampu keluar sendiri dari kereta dan dilihat bercakap dengan marsyal sebelum berjalan meninggalkan litar.

Kemalangan berlaku di Selekoh ke-15 apabila pemandu berusia 23 tahun itu gagal mengawal keretanya di atas litar basah menyebabkan terlanggar tembok penghadang dan kereta itu berpusing sebelum sekali lagi melanggar penghadang Tecpro.

Ia menyebabkan kereta itu terputus dua apabila dua tayar dan sayap belakang terpisah.

Selepas perlumbaan, Schumacher berkata, dia hanya tersasar 10 sentimeter, tetapi ia sudah cukup untuk menyebabkan dia terbabas dari trek.

"Perasaan saya baik, tetapi ia sungguh menyakitkan hati," katanya.

"Dari segi kelajuan, kami dapat mencapainya dan ia berkaitan memastikan kenderaan berada di atas trek dan malangnya, saya tidak dapat melakukannya."

"Kelajuan memang bagus dan saya merasakan boleh menyerang serta memberikan tekanan. Malangnya, saya sedikit terkeluar, mungkin 10sm dan ia cukup membuatkan saya hilang kawalan dan keputusannya seperti apa yang berlaku."

Ia adalah perlumbaan mahu dilupakan Haas selepas Schumacher menjadi pemandu kedua pasukan itu terpaksa menarik diri pada ketika perlumbaan belum separuh jalan.

Sebelum itu di pusingan ke-21, Kevin Magnussen menjadi pelumba pertama tersingkir dan kegagalan pertama pelumba Haas menamatkan perlumbaan pada musim ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kereta-terputus-dua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.374658 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list