View: 444|Reply: 0
|
Queenie terlepas emas, Rayzam menghampakan
[Copy link]
|
|
Atlet lempar cakera wanita negara, Queenie Ting raih perak di temasya Sukan SEA 2021 Hanoi. - Foto BERNAMA.
HANOI: Atlet lempar cakera wanita negara, Queenie Ting hampir berjaya menghadiahkan emas buat kontinjen negara di sini, sebentar tadi, sebelum terpaksa berpuas hati dengan perak selain memperbaharui rekod kebangsaan miliknya.
Pujian bagaimanapun harus diberikan kepada atlet kelahiran Sarawak itu kerana catatan 52.36 meter (m) di Stadium Nasional My Dinh berjaya menukar warna pingat selepas dia meraih gangsa di Manila pada 2019.
Rekod lama yang dilakar Queenie sebelum ini ialah 48.56m pada Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN) tahun lalu.
Sementara itu, gangsa menjadi milik seorang lagi atlet negara, Choo Kang Ni yang melakukan lemparan sejauh 46.57m. Emas milik atlet Olimpik dari Thailand, Subenrat Insaeng yang melakukan catatan 53.09m pada percubaan terakhir.
Sementara itu, jaguh lari berpagar 110m lelaki, Rayzam Syah Wan Sofian hanya menduduki tempat ketujuh dengan catatan 14.80 saat (s) manakala rakan senegara, Rizzua Haizad Muhamad menduduki tempat kelima (14.29s).
Atlet larian jarak sederhana wanita negara, Savinder Kaur Jogindr Singh meraih gangsa dalam acara 800m dengan melakukan catatan 2:10.240s, manakala emas milik wakil tuan rumah, Anh Khuat Phuong 2:08.740s dan perak dimenangi Agustina Manik Mardika dari Indonesia (2:09.990s).
https://www.bharian.com.my/sukan ... rayzam-menghampakan |
|
|
|
|
|
|
| |
|