View: 452|Reply: 0
|
Hoe Yean sumbang dua perak
[Copy link]
|
|
AKSI Hoe Yean hari ini. FOTO Eizairi Shamsudin
Hanoi: Malaysia memenangi pingat pertamanya daripada acara renang di Sukan Sea Hanoi hari ini di Pusat Akuatik My Dinh.
Khiew Hoe Yean merangkul dua perak menerusi acara 400m gaya bebas lelaki dan 200m kuak lentang.
Hoe Yean mencatat masa 3:52.03s dalam acara 400m gaya bebas akhir, agak jauh di belakang perenang Vietnam, Hoang Nguyen Huy yang memenangi acara itu dengan catatan 3:48.06s.
Glen Lim dari Singapura meraih podium ketiga (3:56.68s) manakala Welson Sim menduduki tempat keenam dengan 4:02.66s.
Hoe Yean hampir memenangi pingat emas dalam acara 200m kuak lentang kegemarannya apabila mencatat masa 2:01.67s pada aksi final tetapi ditewaskan oleh Nguyen Tran Hung dari Vietnam dengan catatan 2:01.58s.
Farrel Armandia Tangkas dari Indonesia meraih pingat gangsa dengan catatan 2:01.80s.
Hoe Yean mengakui dia kecewa gagal merangkul emas.
"Ia agak mengecewakan kerana saya menjangkakan sesuatu yang lebih baik tetapi saya sudah memberikan yang terbaik," kata Hoe Yean.
Phee Jinq en, yang memenangi emas 50m kuak dada di Manila 2019, terpaksa berpuas hati di tempat kelima kali ini selepas mencatat masa 32.43s pada aksi final.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-sumbang-dua-perak |
|
|
|
|
|
|
| |
|