CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 497|Reply: 0

Ziyad buktikan dia bangkit lupakan episod hitam

[Copy link]
Post time 16-5-2022 02:53 PM | Show all posts |Read mode

ZIYAD menghadiahkan gangsa di Sukan Sea Hanoi. FOTO Eizairi Shamsudin

Hanoi: Jauh di sudut hatinya atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli mahu mengubah warna pingat apabila bertanding di Sukan Sea ketiganya di Hanoi namun dia tetap reda dengan gangsa yang diraih semalam.

Ziyad yang sebelum ini meraih perak di Manila (2019) hanya dapat mengulangi pencapaian Sukan Sea sulungnya pada 2017 apabila meraih gangsa di Stadium Nasional My Dinh semalam.

"Kalau boleh saya mahu keputusan yang lebih baik dan warna pingat lain pula. Selepas dapat perak, saya mahukan emas tapi saya reda, apa yang berlaku saya sangat puas hati," katanya yang melalui insiden kemenangannya dibatalkan di Sukan Paralimpik Tokyo tahun lalu.

Ujar atlet berusia 32 tahun itu, apa yang membuatkan dia berpuas hati dengan pencapaian semalam adalah mampu melakukan lontaran yang sempurna selepas berbulan-bulan menjalani latihan.

"Hanya ini keputusan terbaik yang dapat saya tunjukkan namun lontaran 17.20 meter (m) di Sukan Sea 2021 juga adalah cukup baik buat saya, ia mampu menjadi persiapan terbaik sebelum ke Switzerland.

"Selepas ini lagi 10 hari saya akan berlepas ke Switzerland (Grand Prix Para Olahraga di Nottwil, Switzerland 26 hingga 28 Mei). Jadi saya mula mendapatkan rentak sebelum ke kejohanan berkenaan dan juga Sukan Para Asia," katanya.

Ditanya adakah gangsa yang diraih sedikit-sebanyak mengubat episod duka tahun lalu, Ziyad mengakui dia sudah membuktikan sudah kembali bangkit.

"Saya memang sentiasa tiba awal, sebagai seorang atlet kita harus mengikut masa dengan tepat seperti ditetapkan. Apa yang terjadi (sebelum ini) adalah kesilapan diri saya sendiri dan dijadikan pengajaran. Benda sudah berlaku," katanya.

Ziyad yang meraih emas di Sukan Paralimpik Rio, melakukan lontaran sejauh 17.20m semalam, manakala emas milik atlet Filipina, William Morrison III Edward (18.14m), diikuti Jakkapat Noisri dari Thailand (17.32m).
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... upakan-episod-hitam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.058548 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list