View: 547|Reply: 0
|
Tahira kebanggaan orang Manjung
[Copy link]
|
|
TAHIRA Najmunisaa Muhammad Zaid menghadiahkan sebutir pingat perak dalam acara duathlon Sukan Sukan 2021 di Vietnam, hari ini. - INSTAGRAM TAHIRA
PETALING JAYA: Kejayaan Tahira Najmunisaa Muhammad Zaid meraih pingat perak duathlon wanita Sukan SEA 2021 semalam mencuri tumpuan, terutama buat warga Manjung, Perak yang menyifatkan pencapaian ibu kepada empat orang anak itu sesuatu yang sangat membanggakan.
Dikenali sebagai wanita ‘besi’, Tahira, 33, tiba di garisan penamat di Sunset Bay, Tuan Chau dengan catatan dua jam, 14 minit, 22 saat berada di belakang pemenang pingat emas, Kim Mangrobang dari Filipina (2’13:12s).
Peserta Indonesia, Zahra Putri Bulan Aprillia membawa pulang pingat gangsa dalam saingan yang meliputi larian sejauh 10 kilometer (km), 40km berbasikal dan tambahan 5km larian.
TAHIRA Najmunisaa Muhammad Zaid melepasi garisan penamat selaku pemenang pingat perak. – IHSAN FIZ SAID
“Tahniah kepada Tahira Najmunisaa Muhammad Zaid, atlet wanita negara yang telah menyumbangkan pingat perak pertama kepada Malaysia dalam acara duathlon di Sukan SEA Hanoi, Vietnam 2021.
“Untuk makluman, Tahira adalah atlet yang menetap di Manjung dan merupakan anak jati Perak. Seorang ibu kepada empat orang anak. Satu pencapaian yang amat membanggakan,” tulis Majlis Perbandaran Manjung dalam Facebook.
Kelab bola sepak Manjung City FC dan Facebook Perak Kini turut berkongsi kejayaan Tahira, yang meraih pingat perak hanya pada penampilan pertamanya.
Kejayaan itu pastinya sesuatu yang amat bermakna buat atlet tersebut, apatah lagi selepas terbabit dalam kemalangan pada 2020 dan hanya memulakan latihan acara duathlon tahun lalu.
Kredit gambar FIZ SAID.
“Sasaran saya dalam acara ini adalah untuk memenangi pingat untuk negara dan saya berusaha untuk meletakkan diri dalam kedudukan podium.
“Ketika larian pada 5km terakhir, saya dapat melihat atlet Indonesia yang berada di kedudukan kedua ketika itu dan saya tahu saya ada peluang untuk memenagi perak.
“Dengan sokongan penyokong Malaysia, saya mendapat kekuatan untuk memintas atlet itu dan berada di kedudukan kedua.
“Kemenangan ini sangat istimewa buat saya. Dengan izin Tuhan, sasaran saya sekarang adalah untuk memenangi emas pada Sukan SEA seterusnya,” kata Tahira. – UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... gaan-orang-manjung/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|