CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 486|Reply: 0

Ibu empat anak raih pingat perak

[Copy link]
Post time 16-5-2022 11:39 AM | Show all posts |Read mode

TAHIRA bersama pingat perak dimenanginya. FOTO Agensi

Hanoi: Tahira Najmunisaa Muhammad Zaid membanggakan negara selepas meraih perak dalam acara duathlon wanita di Sukan Sea Hanoi, hari ini.

Ibu kepada empat anak itu menamatkan perlumbaan di Quang Ninh, yang merangkumi larian 10 kilometer, kayuhan 40km dan larian 5km lagi dalam masa dua jam, 14 minit dan 22 saat untuk menduduki tempat kedua.

Atlet Filipina, Marion Kim Mangrobang meraih emas selepas melepasi garisan dengan catatan masa 2:13:12s manakala Zahra Putri Bulan Aprillia dari Indonesia (2:14:49s) meraih gangsa.

Tahira, 33, berkata, penamat podium itu memberikannya motivasi untuk berusaha lebih lagi dalam pertandingan akan datang.

"Keadaan perlumbaan adalah sempurna dengan angin tenang dan sejuk pada larian (10km) dan berbasikal (40km) walaupun terdapat sedikit hujan renyai semasa larian 5km terakhir.

"Sasaran saya menyertai acara ini adalah bagi memenangi pingat untuk negara.

"Dengan sokongan penyokong Malaysia, saya mendapat kekuatan untuk memastikan kedudukan kedua menjadi milik saya.

"Dengan izin Tuhan, matlamat saya sekarang adalah untuk memenangi emas pada saingan Sukan Sea seterusnya," katanya.

Rakan senegara, Pow Chia Ling melintasi garisan dengan catatan masa 2:22:30s untuk tempat ketujuh.

Malaysia tidak memenangi sebarang pingat dalam duathlon pada Sukan Sea di Manila 2019.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... k-raih-pingat-perak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.060625 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list