CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 459|Reply: 0

Malaysia ada pemain ‘bagus’ tapi tercicir?

[Copy link]
Post time 15-5-2022 01:18 PM | Show all posts |Read mode

KEBERGANTUNGAN terhadap Lee Zii Jia dalam perseorangan lelaki antara punca Malaysia kandas di suku akhir Piala Thomas 2022.


PETALING JAYA: Persatuan Bad­minton Malaysia (BAM) per­lu membuka peluang lebih besar kepada perseorangan profesional bagi memastikan skuad negara mampu memberi cabaran secara ‘adil’ dalam kejohanan seperti Piala Tho­mas.

Saranan itu disuarakan anggota skuad Piala Thomas 1998 dan 2002, Roslin Hashim selepas melihat Malaysia terlalu bergantung kepada Lee Zii Jia pada kempen di Bangkok, yang menyaksikan pasukan negara tersingkir di suku akhir.

Malaysia mengalami keka­lahan pertama kepada India dalam tempoh 43 tahun selepas dua lagi perseora­ngan mu­da, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao gagal menghadiah­kan mata.

Dua mata pasukan dikutip jaguh No. 6 dunia yang juga pemain profesional, Zii Jia serta beregu serpihan, Aaron Chia-Teo Ee Yi.


CHEAM JUNE WEI

“Dalam isu ketandusan pemain perseorangan ia bukanlah benda baharu sebagaimana yang terjadi semasa zaman Datuk Lee Chong Wei dan kini ia diteruskan Zii Jia.

“Seharusnya BAM memberi ruang buat pemain profesional bersama dalam skuad dan bukan pemain BAM sahaja kalau mereka ada potensi lebih baik.

“Kita sebenarnya ada beberapa pemain berkualiti antaranya Soong Joo Ven dan Cheam June Wei tetapi tidak dipilih, adakah kerana mereka bukan pemain naungan BAM,” katanya kepada Mingguan Malaysia.


SOONG JOO VEN

Selain Zii Jia, BAM turut membawa pemain profesio­nal, Liew Daren yang diturun­kan ketika menentang Amerika Syarikat dan Jepun, tetapi tidak disenaraikan bertemu India.

Melengkapkan perseora­ngan adalah pemain berusia 22 tahun, Aidil Sholeh Ali Sadikin.

Roslin yang memenangi pi­ngat emas perseorangan dan berpasukan lelaki pada Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur mahu BAM meletakkan matlamat demi Malaysia sebagai keutamaan.
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... agus-tapi-tercicir/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.470234 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list