View: 417|Reply: 0
|
Iskandar raih gangsa keempat berturut-turut
[Copy link]
|
|
ISKANDAR raih gangsa di Hanoi. FOTO NSTP
Hanoi: Atlet berpengalaman olahraga negara, Iskandar Alwi meraih gangsa buat kali keempat berturut-turut dalam acara lompat bergalah lelaki di Sukan Sea Vietnam 2021 sebentar tadi.
Iskandar mengulangi pencapaian di Singapura (2015), Kuala Lumpur (2017) dan Filipina (2019) selepas melakukan lompatan 4.80 meter (m) di Stadium My Dinh.
Filipina menguasai acara berkenaan selepas Ernest John Obiena meraih emas dengan melakukan lompatan 5.46m, manakala rakan senegaranya, Hokett Delos Santos 5.00m.
"Alhamdulillah. Allah masih bagi keizinan untuk menang pingat gangsa walaupun prestasi bukan pada yang terbaik," katanya.
Iskandar sebelum ini dikatakan bergelut dengan kecederaan buku lali namun mendapat lampu hijau untuk turun beraksi hari ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mpat-berturut-turut |
|
|
|
|
|
|
| |
|