CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 408|Reply: 0

Kurash tuai tiga gangsa

[Copy link]
Post time 14-5-2022 10:33 AM | Show all posts |Read mode

RAZLAN Rozaidi bersama pingat gangsa dimenanginya. FOTO Bernama

Hanoi: Skuad kurash negara boleh berasa puas apabila menamatkan cabaran di Sukan Sea ke-31 dengan kejayaan merangkul tiga pingat gangsa pada hari terakhir pertandingan yang berlangsung di Gimnasium Hoai Duc.

Satu lagi gangsa diraih hari ini melalui Mohamad Razlan Rozaidi dalam kategori bawah 73 kilogram (kg) lelaki membantu melepasi sasaran dua gangsa.

Dua gangsa lagi masing-masing dituai Yousuff Daniel Fauzi Cruz (bawah 66kg) dan Mohamed Izzat Mohamed Noor dalam kategori bawah 90kg pada hari pertandingan sebelum ini.

Jurulatih skuad kurash negara, Amirul Asraf Ab Razak berkata barisan anak buahnya memiliki potensi untuk mengutip lebih banyak pingat jika mempunyai tempoh masa untuk membuat persediaan mencukupi termasuk menyertai pertandingan sebagai medan meraih pengalaman.

"Kelebihan mereka (atlet) adalah masih muda dan banyak lagi peluang untuk ke Sukan Sea dan mempunyai kekurangan dari segi pengalaman. Kalau dapat lebih latihan dan pertandingan InsyaAllah mereka akan dapat apa yang diperlukan dan keputusan terbaik," katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan Susan Cheah berbangga dengan kejayaan itu meskipun hanya mula menjalani latihan kira-kira sebulan menjelang temasya sukan dwitahunan itu.

"Saya sangat berbangga kerana pencapaian ini dalam tempoh latihan yang pendek dan semasa bulan puasa, jadi keputusan ini fantastik. Mereka berpuasa dan hanya makan sikit waktu berbuka sebelum berlatih dengan gigih hingga lewat malam," katanya.

Namun, apa yang beliau terkilan adalah skuad kebangsaan tidak dapat mencuri satu lagi pingat dalam kategori atas 87kg wanita selepas mempertaruhkan dua atlet.

"Dua atlet wanita ini saya dapat lihat potensi amat besar dan saya terkejut bila tengok lawan pertama mereka adalah pemenang pingat emas edisi lepas dan seorang lagi juara bertahan Asia. Kita mesti mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk kedua-dua ini," kata beliau.

Skuad kurash negara ke tampil di Sukan Sea kali ini dengan mempertaruhkan enam atlet masing-masing tiga lelaki dan wanita yang beraksi dalam lima kategori daripada keseluruhan 10 yang dipertandingkan.

Pada edisi 2019 di Filipina, skuad kurash yang diwakili dua atlet berjaya membawa pulang satu pingat perak dalam kategori bawah 90kg menerusi Fakhrul Adam Fauzi Cruz.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... sh-tuai-tiga-gangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.048379 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list