CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 0

Tewas namun Choong Hann tetap puas hati

[Copy link]
Post time 14-5-2022 10:29 AM | Show all posts |Read mode

JUN Hao bertungkus lumus ketika menentang Prannoy HS. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Tewas di tangan India dalam aksi suku akhir Piala Thomas 2022 semalam pastinya memberi tamparan hebat buat pasukan badminton negara.

Kekecewaan itu amat dirasai apabila mereka hadir dengan harapan untuk membawa pulang piala selepas kali terakhir meraihnya pada 1992.

Bagaimanapun Pengarah Kejurulatihan (perseorangan) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann tetap berpuas hati dengan corak permainan ditonjolkan anak buahnya itu.

Dia mengakui dua pemain perseorangan negara iaitu Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao bermain dengan baik di samping memperlihatkan perkembangan positif walaupun tewas dalam perlawanan malam semalam.

"Mereka adalah pemain yang tidak terlalu menonjol. Masih banyak lagi perlu dipelajari mereka tapi dengan sedikit masa lagi mereka akan berkembang dengan lebih baik.

"Saya tidak boleh ubah mereka dalam waktu singkat. Ia juga memerlukan keazaman dan semangat tinggi dari mereka untuk hasil lebih baik," katanya.

Choong Hann juga yakin pemain sudah menyedari kekurangan yang perlu ditambah baik mereka bagi memastikan episod hitam buat pasukan badminton negara tidak berulang kembali.

Jurulatih yang juga bekas pemain negara itu menegaskan, jika ingin bermain pada peringkat tertinggi sebegini pemain perlu bersedia dan berada pada tahap terbaik.

"Dalam kejohanan sebegini, sesiapa yang tidak bermain dengan baik dan tidak cukup kuat mereka akan kalah. Sebagai pemain, mereka perlu bersedia dengan situasi sebegini dan saya harap pemain dapat belajar sesuatu daripada kekalahan ini."

Untuk menghadapi cabaran ini, pemain perlu berlatih dengan lebih baik dan tidak mengalah terlalu awal. Jadi dari situ kita boleh menang," katanya lagi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ann-tetap-puas-hati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.550227 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list