CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 0

Taqiyuddin, Sazzlan lakar hatrik emas buat negara

[Copy link]
Post time 12-5-2022 10:34 AM | Show all posts |Read mode

Skuad silat negara termasuk Mohd Taqiyuddin Hamid (duduk tengah empat kanan) dan Sazzlan Yuga (duduk tengah tiga kanan) meraikan kejayaan memenangi pingat emas dan tiga gangsa di Pusat Sukan Bac Tu Liem, Hanoi, Vietnam, hari ini. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

HANOI: Berjaya menumbangkan pasangan tuan rumah, Vietnam di separuh akhir semalam menjadi azimat kepada Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga untuk meraih pingat emas pertama skuad silat negara di Sukan SEA 2021 dalam acara ganda putra hari ini.

Taqiyuddin dan Sazzlan mampu tampil lebih tenang untuk malakar emas hatrik dengan semangat luar biasa dan bertenaga terutama memperagakan aksi agresif menggunakan senjata parang kembar untuk membolehkan mereka bergelar juara di Pusat Sukan Bac Tu Liem.

Menurut Taqiyuddin yang dijangkiti COVID-19 pada Februari lalu, mempelajari teknik baharu dalam tempoh empat bulan berjaya memikat hati 10 juri dengan markah 9.950 mata.

Kejayaan itu membolehkan gandingan negara mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Sukan SEA Kuala Lumpur (2017) dan Filipina (2019).


"Saya berasa bangga dan teruja kerana berjaya melengkapkan kemenangan hatrik di temasya Sukan SEA sekali gus dapat menggembirakan pasukan silat negara.

"Terima kasih kepada jurulatih dan guru saya iaitu Datuk Osman Nok yang berkorban terutama dalam memberi tunjuk ajar serta memberi sokongan padu hari ini," katanya.

Pada saingan itu, pingat perak menjadi milik gandingan dari Singapura, Muhammad Hazim Mohammad Zaque-Muhammad Haziq Mohammad Zaque dengan himpunan 9.905 mata.

Semalam Taqiyuddin dan Sazzlan mengetepikan pasangan tuan rumah, Tran Duc Danh-Lee Hong Quan dengan meraih 9.915 mata, manakala lawan mereka hanya memungut 9.910 mata.

Pingat gangsa menjadi milik pasukan Vietnam dan Thailand.

Sementara itu, skuad silat negara turut meraih gangsa hari ini menerusi regu puteri, Siti Nur Khairunnisa Hail, Fatin Ardani Zamri dan Merrywati Manuil.

Ganda puteri yang membariskan Nur Syazreen A Malik dan Nor Hamizah Abu Hassan turut membawa pulang gangsa. Pingat gangsa ketiga diraih dalam acara tunggal putera, Luqman Laji.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ik-emas-buat-negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.068905 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list