View: 397|Reply: 0
|
Pandelala, Dhabitah mampu tambah kutipan pingat
[Copy link]
|
|
DHABITAH dijangka tambah koleksi pingat di Sukan Sea. -FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Dua penerjun Olimpik negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dijangka tidak berdepan masalah untuk menguasai acara 10 meter (m) platform seirama esok seterusnya menambah koleksi emas skuad terjun Sukan SEA, di Pusat Akuatik My Dinh, Hanoi.
Menurut Dhabitah, dia tidak pernah mengambil mudah dalam setiap kejohanan disertainya meskipun ia hanyalah temasya rantau Asia Tenggara.
"Setiap kejohanan adalah tidak sama walaupun Sukan Sea atau sebagainya tetapi saya sentiasa tanam dalam minda untuk buat sehabis baik dalam setiap terjunan dilakukan.
"Perasaan gemuruh tetap ada tetapi lega selepas meraih emas (acara 1m papan anjal wanita). Esok (hari ini) saya akan terjun bersama Lela (Pandelela).
"Selepas tiga tahun tidak beraksi di platform, pelbagai perkara bermain di minda tetapi saya pasti dapat mengatasinya dan membuktikan kepada diri yang saya masih mampu melakukannya," katanya.
Dua emas akan dipertandingkan pada esok membabitkan 3m papan anjal lelaki pada pukul 4.00 petang (waktu Malaysia) dan platform 10m seirama wanita yang dijadualkan berlangsung pada pukul 5.45 petang.
Pada temasya Sukan Sea di Filipina, skuad terjun negara menyapu bersih empat emas dipertandingkan iaitu dalam acara tiga meter papan anjal individu serta seirama lelaki dan wanita.
Secara realistiknya, status skuad terjun negara sebagai gergasi Asia Tenggara terus bertahan selepas menguasai acara berkenaan sejak 2013 (juara keseluruhan).
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mbah-kutipan-pingat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|