CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 0

Tinju tidak mahu jadi sekadar penumpang

[Copy link]
Post time 9-5-2022 03:35 PM | Show all posts |Read mode

SHEIKH Rahmatullah Ibrahim antara sandaran Malaysia untuk memburu pingat acara tinju pada Sukan SEA 2021 di Vietnam. – UTUSAN/AFIQ RAZALI


PETALING JAYA: Tidak mahu pergi sekadar ‘penumpang’ kepada kontinjen negara, skuad tinju tekad menyumbang sekurang-kurangnya satu pingat emas daripada 36 sasaran emas diumumkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Sukan SEA Hanoi yang membuka tirai, Khamis ini.

Presiden Persekutuan Tinju Malaysia (PTM), Datuk Mohamad Iruan Zulkefli menjelaskan Covid-19 yang melanda dunia menyaksikan skuad tinju negara berdepan banyak kekangan apabila tidak dapat menyertai kejohanan lebih kompetitif untuk ke temasya dwitahunan itu.

Jelasnya, semua enam atlet yang akan me­nyer­tai Sukan SEA kali ini ha­nya didedahkan dengan la­tihan dan menyertai kejohanan di dalam negara .

“Kita tak tahu kekuatan ma­sing-masing, jadi kita harap rezeki memihak kepada kita. Sekurang-kurangnya dapat masuk final untuk dua kategori dan membawa pulang satu pingat emas.

“Kita tak boleh letak sasaran terlalu tinggi tapi kalau dapat dua atau tiga lagi bagus. Kita tak tahu kekuatan pesaing dari Thailand, Vietnam dan Filipina,” katanya.

Tinju menjadi antara penyumbang pingat kontinjen negara di Sukan edisi 2017 di Kuala Lumpur, yang mana Malaysia meraih meraih satu emas, satu perak dan satu gangsa manakala pada 2019 di Manila, skuad negara meraih tiga gangsa.

Di Hanoi, skuad negara mempertaruhkan enam atlet yang menyaksikan Muhammad Abdul Quiyum Ariffin akan bersaing dalam kategori 52 kilogram (kg) dan Shiekh Rahmatullah Ibrahim menjadi harapan untuk kategori 57kg.

Mohamad Akram Rasit pula menjadi taruhan negara untuk kategori 63kg, Mohd Aswan Che Azmi (69kg), Muhammad Firdaus Kamarulzaman (75kg) dan Khir Akyakzlan Azmi (81kg). – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/tinju/ ... -sekadar-penumpang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.325554 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list