CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 392|Reply: 0

Dhabitah harap kejayaannya bakar semangat kontinjen negara

[Copy link]
Post time 9-5-2022 08:40 AM | Show all posts |Read mode

DHABITAH (tengah) bergambar bersama Ooi Tze Liang (kiri) dan Chew Yi Wei (kanan) selepas masing-masing berjaya memenangi pingat emas. FOTO Bernama

Hanoi: Atlet terjun wanita kebangsaan, Nur Dhabitah Sabri berharap pencapaiannya merangkul pingat emas pertama negara hari ini menjadi motivasi kepada barisan atlet Kontinjen Malaysia untuk mencipta kejayaan cemerlang di Sukan Sea ke-31, di sini.

Dhabitah menghadiahkan emas sulung negara di temasya sukan dwitahunan itu selepas mengungguli saingan final acara 1 meter (m) papan anjal individu di Pusat Akuatik My Dinh, di sini.

Atlet berusia 22 tahun itu mengaku banyak pengorbanan terpaksa dilakukan bagi seseorang atlet itu memperoleh kejayaan cemerlang, selain pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi.

"Saya harap dengan sumbangan ini boleh bagi semangat lagi kepada atlet lain untuk bekerja keras dapatkan pingat emas kerana saya tahu cabarannya bukan mudah," katanya kepada pemberita selepas acaranya berakhir.

Pada saingan hari ini, anak bongsu daripada empat beradik itu mengumpul 290.45 mata dalam keseluruhan lima terjunan untuk mengatasi rakan senegara Kimberly Bong Qian Ping yang meraih perak (230.00 mata) sementara gangsa menjadi milik wakil tuan rumah Ngo Phuong Mai dengan 224.00 mata.

Ia adalah pingat emas kelima Sukan Sea diraih Dhabitah sepanjang penyertaannya di temasya sukan dwitahunan itu sejak edisi 2013 di Myanmar.

Mengulas mengenai saingan hari ini, Dhabitah yang menduduki tempat keempat acara 3m papan anjal individu di Sukan Olimpik Tokyo 2020 berkata, meskipun menjadi pilihan utama dia tetap berasa gementar sebelum memulakan saingan.

"Macam saya cakap setiap kejohanan tak sama walaupun Sukan Sea dan saya anggap setiap pertandingan macam sesuatu yang besar, jadi saya sedikit gementar. Saya tidak fikir pasal atlet lain, saya banyak fokus pada diri sendiri untuk memperbaiki persembahan saya kerana bagi saya cabaran terbesar adalah diri sendiri," katanya.

Dhabitah berpeluang merangkul pingat emas Sukan Sea keenamnya apabila bakal bergandingan dengan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg dalam acara 10m platform seirama, Rabu ini di venue sama.

"Acara itu juga membuatkan saya rasa gementar sebab sudah tiga tahun tidak bertanding acara platform, jadi saya mahu buktikan kepada diri saya sendiri yang saya masih mampu melakukannya," katanya.

Kontinjen Malaysia menyasarkan untuk membawa pulang 36 pingat emas pada Sukan Sea ke-31 yang akan membuka tirainya secara rasmi 12 Mei ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... at-kontinjen-negara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.247818 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list