CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1470|Reply: 0

[MITOS] Waliyullah dari Baghdad yang didatangi Rasulullah S.A.W?

[Copy link]
Post time 29-4-2022 11:35 PM | Show all posts |Read mode



"Waliyullah dari Baghdad yang didatangi Rasulullah S.A.W didalam mimpinya untuk berhijrah dan berdakwah ke Alam Melayu."

1. Nama sebenar beliau ialah Sayyid Ismail Bin Sayyid Ibnu Jabbar. Gelar tambahan ‘Sultan
al-Ariffin Sheikh’ adalah penghormatan yang diberikan kepada beliau oleh muridnya di dalam tradisi Sufi. Beliau adalah Sheikh Tariqah Qadiriyyah, Naqsyabandiyyah, Shattariyyah dan Jistiyyah.

2. Sheikh Ismail dilahirkan pada 17 Rabiul Awwal 867H/1463M di Baghdad dan meninggal dunia di Pulau Besar, Melaka pada 17 Rabiul Awwal 925H/1520M ketika berumur 58 tahun.

3. Beliau adalah cicit kepada Sultan al-Awliyaa Sheikh Abdul Qadir Jilani (470H/1077M – 561H/1166M). Sheikh Abdul Qadir adalah keturunan ke 14 dari Rasulullah ﷺ. Maka Sheikh Ismail adalah keturunan ke 18 dari Rasulullah ﷺ.

4. Sheikh Ismail beserta gurunya Sheikh Yusuf Siddiq dan abangnya Sheikh Ibrahim beserta 13 orang yang lain dari Baghdad sampai ke Pulau Besar pada 1495M. Mereka adalah peneroka yang pertama yang membuka Pulau Besar untuk dijadikan pusat perkembangan dakwah di Alam Melayu. Kemudiannya beberapa lagi para pendakwah datang dari Syria, Yaman dan Semenanjung Arab sehingga jumlahnya seramai 43 orang yang menghidupkan Pulau Besar sebagai Pusat Perkembangan Dakwah Alam Melayu.

5. Menariknya, kesemua 43 pendakwah ini (ada yang mengatakan kesemuanya wali Allah belaka) meninggal di Pulau Besar. Cuma makam yang telah dikenal pasti hanyalah 4 makam iaitu Makam Sheikh Ismail, Sheikh Yusuf, Sheikh Ibrahim dan Sarah (anak Sheikh Yusuf yang berkahwin dengan Sheikh Ibrahim).

6. Sheikh Ismail dikatakan mempunyai 3 orang anak, seorang lelaki, dua perempuan. Malangnya maklumat mengenai mereka belum diketahui setakat ini.

7. Sejarah kedatangan Sheikh Yusuf dan rombongan ke Pulau Besar amatlah menarik untuk difahami.Ketika beliau berumur 7 tahun, bapanya telah bermimpi agar pergi menziarahi Makam Rasulullah ﷺ. Ketika di MakamRasulullah ﷺ, mereka telah diarahkan oleh Baginda agar pergi melakukan dakwah ke Alam Melayu.

8. Kemudian, apabila Sheikh Ismail sudah dewasa iaitu sekitar awal 30an, kali ini beliau sendiri bermimpi untuk segera ke Makam Rasulullah ﷺ di Madinah. Ketika menziarahi Makam Baginda, Sheikh Ismail mendapat arahan serupa untuk segera berdakwah ke Alam Melayu.

9. Sheikh Ismail dan rombongan seramai 16 orang pertama kali sampai di Pulau Besar pada tahun 1495M ketika berumur 32 tahun. Mereka segera menjadikan Pulau tersebut sebagai Markas Dakwah dan Tarbiah.

10. Ketika kehadiran mereka di Pulau Besar, Kesultanan Melayu Melaka ketika itu diperintah oleh Sultan Mahmud Syah (1488M– 1528M), Sultan yang terakhir sebelum Melaka jatuh ketangan penjajah Portugis pada 1511M.

11. Dikatakan juga dua orang Wali Songo atau dalam Bahasa Melayu Wali Sembilan yang terkenal dengan penyebaran Islam di Pulau Jawa, iaitu Sunan Bonang dan Sunan Giri pernah datang untuk berguru di Pulau Besar dengan Sheikh Ismail yang juga di kenali sebagai Wali Lanang. Berkat ilmu yang dipelajari, kedua mereka pulang ke Pulau Jawa, lantas membuka pesantren atau pondok bagi tujuan penyebaran Islam di Pulau Jawa yang masih dikuasai oleh Kerajaan Majapahit yang menganut agama Hindu/Buddha.

12. Hasil dakwah yang gigih dari Wali Songo ini, maka pada tahun 1517M, Kerajaan Majapahit tumbang dan digantikan dengan Kerajaan Islam Demak yang menjadi pemangkin kepada penyebaran Islam ke seluruh Kepulauan Indonesia. Berdasarkan maklumat ini, bolehlah dikatakan bahawa Pulau Besar mempunyai saham di dalam penyebaran Islam ke seluruh Alam Melayu sebagaimana yang diamanahkan kepada Sheikh Ismail.

13. Kejatuhan Melaka ditangan Portugis pada tahun 1511M terubat dengan tertegaknya Kerajaan Islam Demak yang diasaskan oleh Wali Songo pada 1517.

14. Sheikh Ismail kembali ke Rahmatullah pada tahun 1520M ketika berumur 58 tahun setelah mengabdikan diri dengan amanah dakwah yang dipesan oleh Rasulullah ﷺ. Makamnya adalah testimoni akan pengabdian yang mutlak kepada Allah ta’ala di dalam melaksanakan amanah dakwah yang sangat dituntut oleh ajaran Islam.


"NASAB Sheikh Sultanul Ariffin Sayyid Ismail"
1) SAYYID ISMAIL Bin
2) SAYYID AL IMAM ABDUL QODIR
3) SAYYID AL IMAM ABDUL JABBAR Bin
4) SAYYID AL IMAM MUHYIDIN ABDUL QODIR JAILANI Bin
5) SAYYID AL IMAM ABI SHOLIH Bin
6) SAYYID AL IMAM ABDILLAH Bin
7) SAYYID AL IMAM YAHYA AL ZAHID Bin
8) SAYYID AL IMAM MUHAMAD Bin
9) SAYYID AL IMAM DAUD Bin
10) SAYYID AL IMAM MUSA Bin
11) SAYYID AL IMAM ABDILLAH Bin
12) SAYYID AL IMAM MUSA AL JUN Bin
13) SAYYID AL IMAM ABDILLAH AL MAHDI Bin
14) SAIYIDINA HASAN AL MUSANNA Bin
15) SAIYIDINA HASAN Bin
16) SAIYIDINA AL IMAM ALI ABI THALIB
17) SAIYIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA Binti
18) SAYYIDUNA Nabi Muhammad Sallalahu Alayhi Wa'Sallam.
.
Isteri Sultanul Ariffin Sayyid Ismail ialah,

1) SYARIFAH SITI MAIMUNAH/SITI RUBIAH binti MAULANA SAYYID ISHAQ (Wali Songo)
Anak mereka saya tak pasti berapa jumlah keseluruhannya, yang saya tahu hanyalah :
1. SAYYID AHMAD SALIM / SAYYID AHMAD TAJUDIN/ DATUK PADUKO BERHALO/TOK PUTIH. Sayyid Ahmad Salim berkahwin dengan Puteri Pagaruyung /Puteri Selaras Pinang Masak (14**-1562M) dan dikurniakan anak (Sayyid Ahmad Khamil dan Sayyid Ahmad Yusof /Panglima Kota Berjalan Raja Sari.)
2. SYARIFAH SITI ZUBAIDAH.
-Syarifah Siti Zubaidah berkahwin dengan Raden Abdul Qodir dan mempunyai anak lelaki bernama Raden Abdullah.
3. SYARIFAH SITI ZULAIKHA (1496M -1535M)
Wallahu'alam




Kredit : Tengku Daeng Mawelle



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.063008 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list