View: 409|Reply: 0
|
Nur Dhabitah tekad bukti bukti pemilihannya berbaloi
[Copy link]
|
|
Nur Dhabitah Foto: Facebook Majlis Sukan Negara
KUALA LUMPUR - Sukan SEA Hanoi di Vietnam pada Mei ini menjadi medan terbaik bagi penerjun wanita negara yang memiliki senyuman menawan, Nur Dhabitah Sabri untuk sekali lagi membuktikan keupayaannya dalam acara platform.
Nur Dhabitah menyifatkan Sukan SEA sebagai pentas mengukur sejauh mana tahap kemajuan yang dicapai selepas beliau mula memberikan tumpuan terhadap acara platform sebaik berakhir temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Ogos tahun lepas.
Peluang bergandingan semula dengan ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong Pamg dalam acara 10 meter (m) platform seirama wanita di Hanoi membakar lagi semangatnya untuk mempamerkan terjunan terbaik pada temasya dwitahunan itu yang bermula 12 hingga 23 Mei ini.
"Setelah sekian lama tidak beraksi dalam acara seirama bersama (Pandelela), saya sangat teruja sebenarnya dan mahu berikan yang terbaik dalam latihan untuk tingkatkan kemahiran dalam acara platform dan buktikan kepada diri saya sendiri yang saya semakin bagus dalam acara itu.
"Harapan saya terhadap gandingan ini (bersama Pandelela) ialah untuk terus kerja keras bersama, mempunyai komunikasi yang baik dan seronok dalam pertandingan," kata pemenang pingat emas 3m papan anjal seirama campuran Kejohanan Terjun Piala Asia 2019 itu ketika dihubungi Bernama.
Gandingan Pandelela dan Nur Dhabitah dalam acara 10m platform seirama bukanlah sesuatu yang baharu kerana sebelum ini mereka pernah memenangi pingat gangsa pada Sukan Komanwel Glasgow 2014 dan pingat perak pada Siri Terjun Dunia FINA keempat di Windsor, Kanada pada 2017.
Acara platform juga bukan asing bagi Nur Dhabitah apabila pada penampilan sulungnya di Sukan Olimpik 2016, beliau yang ketika itu berumur 17 tahun, berjaya ke final acara 10m platform individu wanita dan menamatkan saingan di tempat kesembilan, sementara Pandelela di kedudukan ke-11.
Nur Dhabitah yang lebih memberi fokus terhadap acara papan anjal sebelum ini dipilih untuk bergandingan bersama Pandelela bagi mengisi kekosongan ditinggalkan bekas penerjun negara Datuk Leong Mun Yee yang bersara pada Disember tahun lepas.
Nur Dhabitah yang juga pemenang pingat perak dan gangsa Sukan Asia 2018, masing-masing dalam acara 3m papan anjal seirama dan 3m papan anjal individu, menjadi pilihan setelah berjaya menambat hati jurulatih negara, Li Rui dengan prestasinya sepanjang tempoh persediaan ke Hanoi.
"Saya akan cuba yang terbaik (untuk mendapatkan pingat emas), saya rasa semua penerjun akan melakukan yang terbaik untuk mencapai kesemua sasaran lapan pingat emas dan kami akan bekerja keras ke arah itu," katanya yang turut akan beraksi dalam acara 1m papan anjal individu wanita di Hanoi.
Lapan acara terjun dipertandingkan pada Sukan SEA Hanoi adalah 10m platform seirama lelaki dan wanita, 3m papan anjal seirama lelaki dan wanita, 3m papan anjal individu lelaki dan wanita serta 1m papan anjal individu lelaki dan wanita.
Nur Dhabitah mengakui 'kebebasan' yang kembali dinikmati dalam tempoh fasa peralihan ke endemik selepas lebih dua tahun berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19 memberi kegembiraan kepada dirinya dalam menjalani kehidupan sebagai atlet.
"Impak positif daripada keadaan sekarang ialah jika kita tertekan disebabkan penat menjalani latihan dan sebagainya, kita tidaklah hanya duduk dalam bilik saja, keadaan menjadi lebih baik sekarang," katanya yang dihimpit perasaan tertekan dalam persediaannya ke Sukan Olimpik Tokyo.
Perasaan tertekan itu dirasainya apabila tidak dapat berjumpa dan mempunyai masa berkualiti bersama keluarga susulan berada dalam gelembung sukan menjelang temasya sukan berprestij tersebut.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... milihannya-berbaloi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|