View: 377|Reply: 0
|
Masalah visa jejas perancangan skuad hoki negara
[Copy link]
|
|
Minarwan (tiga dari kanan) bersama barisan kejurulatihan dan pengurusan skuad kebangsaan bertemu Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal semalam.
KUALA LUMPUR: Jumlah perlawanan persahabatan antara skuad hoki senior lelaki kebangsaan dan pasukan di ranking pertama dunia, Australia mungkin berkurang apabila mereka hanya berlepas ke negara itu pada Khamis ini.
Kelewatan itu disebabkan masalah visa yang dihadapi skuad kendalian Arul Selvaraj dan mereka hanya memperoleh kelulusan pada permohonan ketiga, semalam.
Berdasarkan jadual asal, Malaysia dijadual turun beraksi untuk aksi pertama daripada lima perlawanan pada Khamis ini dan kemas kini mengenai jadual itu akan dibincangkan bersama semula bersama pihak hoki Australia.
"Perancangan asal adalah untuk berlepas awal tidak berlaku tetapi apapun kami masih dapat pergi ke Australia, Khamis ini. Mengenai lima perlawanan dengan Australia, ia akan dibincangkan semula.
"Ketika ini saya tak boleh sahkan berapa jumlah perlawanan yang akan diharungi tetapi saya berharap kami dapat beraksi sekurang-kurangnya empat perlawanan persahabatan dengan Australia. Mereka faham situasi yang kami alami dan saya rasa tidak ada masalah untuk menjadualkan semula semua perlawanan itu," kata Pengurus Pasukan, Datuk Mirnawan Nawawi.
Sebelum ini, Arul memaklumkan, lima perlawanan persahabatan bakal diadakan bersama pasukan kebangsaan Australia bagi menguji tahap kekuatan mentaliti skuad hoki negara menjelang Piala Asia di Jakarta, Indonesia dari 23 Mei hingga 1 Jun ini.
Siri persahabatan bersama pasukan di ranking pertama dunia, Australia dari 21 hingga 28 April ini bakal membolehkan pasukan kendaliannya memperkemaskan ketajaman pemikiran terutama daripada sudut membuat keputusan di saat getir.
"Bermain lima perlawanan dengan pasukan utama Australia. Kita akan cuba bermain dalam masa singkat seperti di Piala Asia nanti kerana di Piala Asia pun kita bermain tujuh perlawanan dalam tempoh 10 hari. Jadi perlu untuk kita bermain seperti itu (dalam perlawanan persahabatan), lima perlawanan dalam tujuh hari.
"Sudah tentu kita ke sana kerana Australia adalah pasukan nombor satu dunia. Jadi ia akan menguji pemain daripada sudut mentaliti mereka untuk bermain laju kerana seperti saya katakan, pemain kita sentiasa laju di kaki tetapi pasukan Australia adalah pasukan yang paling pantas di kepala.
"Jadi, kita mahu pemain Australia menguji pemain kita supaya pemain kita pun dapat berfikir secara pantas dan membuat keputusan dengan pantas. Itu adalah motif utama kita dan keduanya, cuaca di sana lebih kurang sama selain perbezaan masa juga sama," kata Arul.
https://www.bharian.com.my/sukan ... n-skuad-hoki-negara |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|