View: 371|Reply: 0
|
Zii Jia harap tuah aksi sulung BAC
[Copy link]
|
|
ZII JIA berharap mampu mara sejauh mungkin pada penampilan sulungnya di pentas BAC yang bermula hujung bulan ini.
PERSEORANGAN lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia berharap dapat melangkah jauh pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang dijadualkan berlangsung di Manila, Filipina bermula 26 April hingga 1 Mei ini.
Memandangkan saingan kali ini merupakan penampilan pertamanya pada kejohanan tersebut, dia yang juga juara kejohanan Seluruh England (All England) 2021 enggan meletakkan sasaran spesifik.
Sebaliknya, Zii Jia melaungkan azam untuk memberikan segala-galanya pada kejohanan itu nanti bagi mendapatkan momentum terbaik menjelang saingan Piala Thomas di Bangkok, Thailand bermula 8 Mei nanti.
Dia yang sedang menjalani latihan pusat bersama skuad kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara turut mengakui gembira dapat kembali berlatih di sana.
“Setakat ini saya sangat gembira untuk kembali ke ABM dengan suasana yang sangat positif. Saya sudah tidak sabar untuk menjalani latihan bersama rakan sepasukan di sini.
“Bagi kejohanan BAC, ini adalah penampilan sulung, jadi sudah tentu saya harapkan keputusan baik di sana. Tidak ada sasaran spesifik tetapi saya akan cuba berikan yang terbaik,” kata pemain profesional itu.
Dalam pada itu, Zii Jia juga mengakui tidak bimbang dengan jadual padat yang perlu diharungi pada saingan musim ini memandangkan dia turut berdepan situasi sama tahun lalu.
“Sebenarnya tidak ada kebimbangan kerana bagi saya, tahun lepas lebih kurang sama dengan saingan tahun ini. Kami akan mengharungi kejohanan berturut-turut, jadi saya perlu fokus dan tampilkan aksi terbaik,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... ah-aksi-sulung-bac/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|