View: 442|Reply: 0
|
Bapa Myisha harap pertolongan kerajaan, Ahmad Faizal
[Copy link]
|
|
Mohd Khairul Hood, 50, (dua dari kanan/ berdiri) bapa pemain perseorangan wanita muda negara, Myisha, yang menjuarai Siri Antarabangsa Belanda di Wateringen malam tadi. -FOTO IHSAN MOHD KHAIRUL HOOD
JOHOR BAHRU: Mohd Khairul Hood berharap kejayaan anaknya, Myisha menjuarai badminton Siri Antarabangsa Belanda di Wateringen, malam tadi mendapat perhatian kerajaan khususnya Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Justeru, dia berharap Ahmad Faizal dapat membantu anaknya itu melanjutkan pelajaran dalam jurusan Sains Sukan di Universiti Malaya.
Ini selepas permohonan anaknya menerusi Program Kemasukan Khas Untuk Atlet Negara ditolak sebelum ini.
"Cuma hasrat saya sebagai bapa, ingin melihat sukan dan pelajaran Myisha bergerak seiring, ketika ini dia mungkin masih muda dan bertenaga.
"Esok lusa siapa yang tahu, hanya pelajaran menjadi jaminan masa depannya dan saya berharap pihak kerajaan khususnya Menteri Belia dan Sukan dapat menilai sumbangan anak saya yang sudah mengharumkan nama negara.
"Saya berharap Myisha diberi peluang bagi menyambung pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Sains Sukan selepas permohonannya ditolak sebelum ini kerana subjek matematiknya tidak mendapat kredit bagi program kemasukan khas untuk atlet negara," katanya.
Terdahulu, pemain perseorangan wanita muda negara itu akhirnya menikmati gelaran juara di pentas antarabangsa selepas menjuarai Siri Antarabangsa Belanda di Wateringen, malam tadi.
Kejayaan itu hadir selepas pemain berusia 19 tahun berkenaan mengatasi rakan senegara, Siti Nurshuhaini Azman 21-19, 18-21, 21-19 dalam aksi final yang berlangsung 70 minit.
Sebagai rekod, ia adalah gelaran pertama pemain ranking ke-328 dunia itu dalam saingan peringkat senior di pentas antarabangsa.
"Alhamdulillah, penat lelah selama ini dengan berkorban masa dan wang ringgit bagi melatih Myisha bermain badminton secara profesional sejak usianya sembilan tahun berbayar dengan kemenangan itu," kata Khairul, 50.
https://www.bharian.com.my/sukan ... rajaan-ahmad-faizal |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|