View: 370|Reply: 0
|
Myisha dapat ganjaran RM10,000
[Copy link]
|
|
MYISHA menjuarai Siri Antarabangsa Belanda. FOTO Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
Johor Bahru: Kerajaan Johor akan memberikan ganjaran RM10,000 kepada pemain perseorangan wanita muda negara, Myisha Mohd Khairul atas kejayaannya menjuarai Siri Antarabangsa Belanda di Wateringen, Belanda semalam.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau dan seluruh warga Johor turut berasa bangga dan gembira atas kejayaan yang diraih atlet kelahiran Johor Bahru itu.
Beliau berkata insentif itu adalah penghargaan kepada atlet berusia 20 tahun itu dalam mengharumkan nama negeri serta negara di peringkat antarabangsa.
"Tahniah! Myisha yang saya kenal merupakan seorang atlet yang amat komited dan sentiasa berusaha gigih demi mencapai kejayaan.
"Semoga kemenangan ini turut menyuntik dan membakar semangat atlet-atlet muda Johor yang lain dalam menjulang nama negeri dan negara di persada dunia, " katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.
Myisha merangkul kejayaan itu selepas menghadapi saingan sengit mengatasi rakan senegara, Siti Nurshuhaini Azman 21-19, 18-21, 21-19 dalam aksi final yang berlangsung 70 minit.
Ia adalah gelaran pertama pemain ranking ke-328 dunia itu dalam saingan peringkat senior di pentas antarabangsa dan boleh dianggap tonik terbaik buatnya yang akan beraksi bersama skuad negara dalam saingan Piala Uber di Bangkok, Thailand bermula 8 hingga 15 Mei depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... at-ganjaran-rm10000 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|