|
Daren tersenarai dalam kem latihan skuad Piala Thomas negara.
KUALA LUMPUR: Liew Daren akan menggunakan sepenuh pengalamannya selaku pemain perseorangan kedua selepas tersenarai dalam kem latihan pusat skuad Piala Thomas 2022 di Bangkok, bulan depan.
Menurutnya, dia mempunyai pengalaman berkenaan sejak kali pertama mewakili pasukan Piala Thomas di Wuhan, China pada 2012 dan pada ketika itu turun sekali selaku pemain perseorangan kedua.
"Jika dipilih untuk senarai akhir, memang saya akan diturunkan selaku perseorangan kedua, kalau tidak selaku perseorangan pertama. Saya pernah memikul tugas ini ketika penampilan pertama di Piala Thomas," katanya.
Semalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan senarai 25 pemain yang menyertai latihan pusat bagi persediaan ke Piala Thomas dan Uber di Bangkok, Thailand yang dijadual berlangsung dari 8 hingga 15 Mei ini.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada BAM kerana kembali menjemput saya menyertai skuad Piala Thomas. Walaupun masih belum 100 peratus terpilih, saya akan berlatih seperti biasa dalam tempoh seminggu ini.
"Jujurnya saya tidak menyangka akan disenaraikan, selepas mendapat maklumat nama saya dipanggil, saya terus mempersiapkan diri. Sekarang, saya mahu fokus Piala Thomas dan tidak mahu memikirkan banyak mengenai perkara lain," katanya.
Selain Daren, turut tersenarai sebagai pemain perseorangan adalah Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Leong Jun Hao, Ong Ken Yon dan Shaqeem Eiman Shahyar.
"Saya akan berkongsi ilmu bersama pemain muda kerana sudah dua kali beraksi di Piala Thomas, saya akan cuba yang terbaik untuk membimbing mereka dan memberikan nasihat," kata pemain berusia 35 tahun itu yang membantu skuad Piala Thomas muncul naib juara di New Delhi 2014.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -skuad-piala-thomas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|