View: 419|Reply: 0
|
Cabaran berpuasa 18 jam di Jerman
[Copy link]
|
|
AMIN memasak makanan untuk juadah berbuka puasa di Jerman.
Kuala Lumpur: Apa saja makanan yang ada, itulah akan menjadi sajian berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.
Situasi itu terpaksa dihadapi pemain ragbi 15 sepasukan negara, Mohd Amin Jamaluddin yang kini beraksi bersama kelab TV 1834 Pforzheim Rugbi di Jerman sejak beberapa tahun lalu, sekali gus menguji kesabarannya apabila menjalani ibadah puasa di bumi asing.
Amin atau lebih dikenali sebagai 'bouncer' berkata, di negara itu agak sukar untuk mencari makanan tradisi seperti nasi lemak atau kuih muih seperti dijual di bazar Ramadan di negara ini.
Katanya, dia bersama rakan beragama Islam akan bergotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa sebelum meneruskan latihan bersama pasukan.
"Tempoh berpuasa di Jerman agak lama iaitu 18 jam dan berbuka pula kira-kira 7 malam (waktu di Jerman) manakala sesi latihan bermula sejam kemudian.
"Saya boleh katakan agak menguji kesabaran kerana perlu menahan lapar dalam tempoh lama dan pada masa sama menjalani rutin latihan seperti biasa.
"Kebiasaannya, berbuka puasa seorang diri memandang hanya saya saja beragama Islam dalam pasukan, namun terharu rakan dan pengurusan pasukan memahami keperluan serta kehendak sebagai muslim," katanya.
Selain itu, Amin yang berasal dari Arau, Perlis, berkata, pihak pengurusan dan barisan kejurulatihan sememangnya memahami situasi pemain beragama Islam seterusnya memberi kelonggaran ketika menjalani latihan.
"Barisan kejurulatihan akan memberi tempoh rehat agak lama kepada saya selain hanya menjalani latihan ringan sebelum berbuka puasa.
"Mereka cukup menjaga sensitiviti pemain beragama Islam dan akan pastikan kami menjalani ibadah puasa tanpa sebarang masalah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... sa-18-jam-di-jerman |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|