|
ALLYSON antara atlet pecut wanita terhebat AS.
Los Angeles: Jaguh pecut wanita Amerika Syarikat, Allyson Felix mengesahkan dia akan bersara tahun ini sekali gus menamatkan karier gemilang tiga dekad termasuk meraih 11 pingat Olimpik.
Atlet berusia 36 tahun itu dalam catatan di Instagramnya hari ini berhasrat mahu melakukan larian terakhir sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada sukan itu.
"Saya mahu ucap selamat tinggal dan terima kasih kepada sukan ini. Begitu juga kepada mereka yang membantu saya dan untuk kali terakhir saya akan berlari untuk mereka," tambahnya.
"Musim ini bukan mengenai catatan masa, ia hanyalah mengenai kegembiraan. Jika anda melihat saya di atas trek tahun ini, saya harap dapat berkongsi detik itu dengan anda."
Allyson tidak memberi maklumat lanjut kejohanan bakal disertai namun sasarannya mungkin Kejohanan Dunia yang berlangsung di Eugene, Oregon pada Julai depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-terakhir-allyson |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|