Menjadi seorang pendidik bukanlah mudah kerana memikul tanggungjawab sebagai seorang guru untuk membentuk anak didik di masa hadapan sangat berat.
Pada zaman ini, ramai guru menggunakan media sosial untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran secara maya. Ramai pendidik dilihat memuat naik video berunsur berkenaan dengan subjek yang diajar di platform seperti TikTok dimana ia lebih padat dan menarik untuk pelajar.
Walau bagaimanapun, banyak juga sisi negatif media sosial. Kini, keperibadian seorang guru itu mudah dinilai melalui apa yang dikongsikan dalam akaun media sosial mereka.
Baru-baru ini menerusi platform Tiktok, terdapat sebuah trend di mana seseorang menunjukkan bahagian badan mereka yang boleh dijadikan sebagai 'bantal'. Trend itu banyak dilakukan pengguna luar negara kerana ia mempunyai maksud lucah dan trend sebegini jelas tidak sesuai dengan budaya di Malaysia.
Pasti semua pembaca di sini tidak sangka apabila trend tersebut dibuat seorang pengguna Tiktok yang bekerja sebagai pendidik. Menerusi video itu kelihatan guru itu memakai baju kurung merah dengan kapsyen yang ditulis, "lepas berbuka takpe".
Video itu menjadi viral apabila ia ditonton sebanyak 573 ribu kali. Walaupun ruangan komen telah dipadam, penulis sempat membuat tangkap layar separuh daripada komen netizen.
Rata-ratanya tidak berpuas hati dengan tindakan guru muda ini kerana secara tidak langsung perbuatannya menjatuhkan nilai dan maruah seorang guru.
Sumber: Tiktok teahoney
Ada juga komen yang mengatakan sekiranya guru lelaki yang melakukan perkara sebegini, pasti akan menjadi kes polis. - CARI
|